Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja maut setelah terjatuh dalam laut ketika cuba naik bot perkhidmatan

Seorang pekerja berusia 59 tahun terjatuh ke dalam laut ketika melintasi sebuah pelantar laluan atas kapal dan lemas dalam satu kemalangan di tempat kerja yang berlaku pada 17 Mei lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja maut setelah terjatuh dalam laut ketika cuba naik bot perkhidmatan

Lakonan semula kemalangan di mana seorang pekerja terjatuh ke dalam laut ketika menyeberangi sebuah pelantas laluan. (SumberL Majlis WSH)

SINGAPURA: Seorang pekerja berusia 59 tahun terjatuh ke dalam laut ketika melintasi sebuah pelantar laluan atas kapal dan lemas dalam satu kemalangan di tempat kerja yang berlaku pada 17 Mei lalu.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan pada Isnin (4 Jul) bahawa pekerja berkenaan melintasi pelantar laluan itu dari satu kapal ke satu kapal yang lain apabila beliau hilang imbangannya dan terjatuh ke dalam laut.

Mayatnya ditemui empat hari kemudian pada 21 Mei.

Kemalangan itu berlaku di Eastern Bunkering A Anchorage di atas sebuah kapal yang digunakan oleh Unitrust Marine Services. Pekerja itu digajikan oleh Alliance Instrumentation.

Satu notis daripada Majils Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) menyatakan siasatan awal mendedahkan pekerja berkenaan memakai jaket keselamatan dan mengangkat sebuah beg galas yang berisi peralatan ketika kemalangan berlaku.

Jumlah kematian di tempat kerja dalam enam bulan pertama 2022 adalah 28, lebih tinggi berbanding sebelum COVID-19 melanda pada 2019. Industri marin adalah dalam kalangan industri berisiko tinggi di mana kemalangan maut biasa berlaku.

Majlis WSH menasihatkan untuk menghindari kemalangan serupa, syarikat harus memastikan pekerja memakai jaket keselamatan yang sesuai dan dalam keadaan baik serta semua barangan, barangan longgar dan peralatan harus disimpan dalam beg dan dipindahkan secara berasingan ke kapal.

Pekerja tidak seharusnya meneruskan dengan pemindahan kapal sekiranya keadaan cuaca atau laut tidak mengizinkan, pergerakan kapal atau bot yang sukar dikawal, sekiranya sesiapa berasa tidak sihat atau jika ia tidak selamat untuk meneruskan aktiviti itu.

Mereka juga harus mengerahkan seorang anak kapal di bot perkhidmatan dan pemerhati pelantar laluan untuk menyelia serta membantu pekerja semasa pemindahan kapal selapin mengaktifkan respons kecemasan serta prosedur menyelamat, sekiranya perlu.
Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan