Skip to main content

Singapura

Pekerja maut selepas ditemui dalam keadaan tidak sedar di tapak binaan Tuas Port

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja maut selepas ditemui dalam keadaan tidak sedar di tapak binaan Tuas Port

(Gambar: Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura)

SINGAPURA: Seorang pekerja maut di hospital pada Sabtu (29 Jul) beberapa jam selepas ditemui dalam keadaan tidak sedar di sebuah tapak binaan di Tuas.

Dalam satu kenyataan media pada Isnin (31 Jul), Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan pada pukul 9.00 pagi pada Sabtu bahawa seorang pekerja ditemui tidak sedarkan diri di tapak binaan Tuas Port Fasa 2.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia menerima panggilan bantuan sekitar pukul 7.50 pagi.

MPA menyatakan bahawa seorang penyelaras keselamatan tapak binaan melakukan bantuan pernafasan CPR ke atas pekerja tersebut, yang digajikan Penta Ocean-Hyundai-Boskalis Joint Venture.

Para pegawai SCDF menghantar pekerja tersebut ke Hospital Universiti Nasional (NUH) namun dia meninggal dunia lewat petang itu.

Semasa diminta memberi butiran lanjut mengenai insiden itu, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan ia mengetahui tentang perkara tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

Kontraktor dan MPA sedang menghulurkan bantuan kepada keluarga pekerja itu.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita