Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja maut selepas dinding rumah di Serangoon Gardens runtuh menimpanya

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja maut selepas dinding rumah di Serangoon Gardens runtuh menimpanya

Gambar fail bangunan MOM. (Gambar: Calvin Oh)

SINGAPURA: Seorang pekerja Bangladesh berusia 41 tahun meninggal dunia pada 10 Jun selepas sebahagian dinding yang sedang dipecahkan di sebuah rumah di Serangoon Gardens runtuh menimpanya.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, jurucakap Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata pada Jumaat (17 Jun) bahawa ia dimaklumkan mengenai kejadian di 44 Tai Hwan Heights itu sekitar pukul 4.30 petang.

Dia "sedang memecahkan dinding di rumah privet itu apabila sebahagian dinding runtuh menimpanya".

Lelaki itu dikeluarkan oleh anggota dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, tambah jurucakap itu.

Lelaki tersebut adalah pekerja syarikat Sam Woo (SEA), dan kontraktor di tapak itu ialah Beow Hock Engineering.

Menurut MOM ia sedang menyiasat kemalangan tersebut dan mengarahkan Beow Hock Engineering supaya menghentikan semua kerja di tapak kerja.

"Sebagai langkah keselamatan am, kerja-kerja meroboh struktur mesti dirancang dengan betul dan cara yang sistematik."

Kejadian itu merupakan kematian ke-26 di tempat kerja pada 2022.

 
Sumber : CNA/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan