Pekerja maut selepas dilanggar lori mengundur di tapak kerja HDB di Yishun
Anggaran Waktu Membaca:
Pemandangan di persimpangan Lorong Chencharu. (Gambar: Google Street View)
SINGAPURA: Seorang pekerja berusia 29 tahun meninggal dunia di tapak kerja Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di 71 Lorong Chencharu, Yishun pada pagi Jumaat (23 Mei).
Sebagai memberi respons kepada pertanyaan Mediacorp, HDB menyatakan pada petang Sabtu bahawa lelaki Bangladesh itu sedang menjalankan kerja-kerja tinjauan apabila dia dilanggar oleh sebuah lori angkut (tipper truck) yang sedang mengundur.
Polis menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan tentang kejadian itu pada sekitar 10.00 pagi pada Jumaat dan lelaki tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Seorang lelaki berusia 61 tahun telah ditahan kerana menyebabkan kematian melalui perbuatan cuai, dan siasatan sedang dijalankan, tambah polis.
HDB menyatakan bahawa pihaknya memandang serius insiden maut di tapak kerja itu dan semua kerja di tapak berkenaan digantung sehingga notis lanjut.
"Keselamatan di tapak kerja kami menjadi keutamaan, dan kami sedang bekerjasama dengan kontraktor untuk membantu pihak berkuasa dalam siasatan mereka mengenai perkara ini," tambahnya.
"Kami akan terus bekerjasama dengan rakan industri kami untuk mengukuhkan keselamatan di tempat kerja di semua tapak kami."
HDB menyatakan bahawa mereka bersama kontraktor — satu usaha sama antara Yeng Tong Construction dan Koh Kock Leong Enterprise — akan menghulurkan segala sokongan dan bantuan yang diperlukan kepada keluarga pekerja itu.
"Kami bersedih dengan kemalangan maut ini dan mengucapkan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa," tambah HDB.
Chencharu merupakan kawasan perumahan baharu di Yishun yang bakal menempatkan pembangunan bersepadu kegunaan campuran termasuk sebuah pusat pertukaran bas baharu, pusat penjaja dan kedai-kedai.
Pada Mac tahun lalu, kira-kira 10,000 unit rumah diumumkan akan dibina di Chencharu menjelang 2040.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.