Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja maut dihempap pintu kaca; kematian di tempat kerja keempat tahun ini

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja maut dihempap pintu kaca; kematian di tempat kerja keempat tahun ini

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 08 Feb 2023 08:41PM Dikemas Kini : 08 Feb 2023 08:44PM
SINGAPURA: Seorang lelaki Singapura berusia 53 tahun meninggal dunia dalam kemalangan di tempat kerja di sebuah gudang pada Khamis (2 Feb). Kemalangan itu merupakan kematian keempat di tempat kerja setakat tahun ini.

Ia berlaku pada kira-kira pukul 2.15 petang di 61 Alexandra Terrace Harbour Link Complex, melibatkan tiga lelaki yang sedang memunggah kiriman pintu kaca dari sebuah kontena kapal, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Rabu (8 Feb).

"Ketika pemindahan itu dijalankan, sembilan pintu kaca jatuh ke atas mereka," kata MOM.

Dua pekerja cedera dan dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH), di mana lelaki yang berusia 53 tahun meninggal dunia akibat kecederaannya.

Lelaki yang satu lagi berada dalam keadaan stabil, tambah MOM, manakala pekerja ketiga tidak cedera.

MOM menambah ia sudah mengarahkan AGL Facade Systems supaya menghentikan semua kerja, serta melantik juruaudit keselamatan dan kesihatan untuk meneliti semula amalan kerja syarikat tersebut.

MOM juga melarang syarikat itu dari mengambil pekerja hijrahan baru selama tiga bulan.

"Pengarah AGL Facade System juga akan dikehendaki menjelaskan kepada MOM dan mengambil tanggungjawab untuk memperbaiki keadaan," kata MOM.

Menurut kementerian itu, kepingan kaca dan panel kaca harus diikat dalam keadaan tegak di dalam peti kayu apabila diangkut ke dalam kontena kapal.

"Untuk memunggah secara selamat, forklift atau pengendali teleskopik khas harus digunakan," katanya.

"Jika barang tersebut harus diangkut secara manual, alat sokongan yang betul (seperti peralatan, pendakap, bingkai, tali) harus disediakan untuk mengelak barang lain di dalam kontena daripada terjatuh."

MOM sedang menyiasat kemalangan tersebut.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan