Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja maut dihempap paip silinder di Defu Avenue 2

Seorang pekerja berusia 49 tahun meninggal dunia pada Jumaat (27 Mei) setelah dihempap sebuah paip silinder logam yang besar apabila sebuah kren lori tumbang pada sisinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja maut dihempap paip silinder di Defu Avenue 2

Para anggota penyelamat SCDF dikerahkan untuk menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap di bawah sebuah aci kipas besar di 18, Defu Avenue 2 pada 27 Mei 2022. (Gambar: SCDF/Facebook)

Diterbitkan : 29 May 2022 04:07PM Dikemas Kini : 29 May 2022 10:58PM

SINGAPURA: Seorang pekerja berusia 49 tahun meninggal dunia pada Jumaat (27 Mei) setelah dihempap sebuah paip silinder logam yang besar apabila sebuah kren lori tumbang pada sisinya. 

Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, jurucakap Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan pada Ahad ia dimaklumkan sekitar pukul 1.55 tengah hari tentang insiden yang berlaku di 18 Defu Avenue 2 itu.

"Sebuah kren lori tumbang pada sisinya ketika ia sedang mengangkut dan memunggah paip-paip silinder logam besar yang dikenali sebagai aci kipas," kata jurucakap berkenaan. 

"Ini menyebabkan satu daripada aci yang diangkut oleh kren lori itu terguling. Ia terkena seorang pekerja tempatan berusia 49 tahun, yang sedang menyelaraskan operasi mengangkat tersebut dan menghempap kakinya ke tanah."

Meskipun pekerja itu ditarik keluar oeh para penyelamat Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan dibawa ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH), beliau meninggal dunia akibat kecederaannya pada hari yang sama. 

Lelaki itu adalah seorang pekerja Good Year Contractor dan pemilik tapak tersebut ialah Lik Kng Contractor.

MOM menyatakan pihaknya sedang menyiasat kemalangan itu dan sudahpun mengarahkan Good Year Contractor supaya menghentikan semua operasi mengangkat.

Insiden ini merupakan kematian yang ke-25 di tempat kerja pada 2022. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan