Pekerja maut di tapak binaan Raffles Place akibat tanah runtuh
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Safety Watch SG/Facebook)
SINGAPURA: Seorang pekerja meninggal dunia pada Sabtu (25 Jan) di tapak binaan di Raffles Place selepas tanah di bawahnya terjerlus.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan bahawa kejadian itu berlaku di tapak binaan di 24 Raffles Place pada sekitar pukul 2.30 petang.
Seorang pekerja warga Bangladesh berusia 31 tahun terlibat dalam kerja-kerja mengangkat apabila tanah di bawahnya terjerlus, menyebabkannya terjatuh ke dalam tanah runtuh itu, kata MOM.
Pekerja tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik.
Tapak binaan itu adalah tempat di mana Clifford Centre dibangunkan dahulu dan sedang menjalani kerja-kerja pembangunan semula.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada sekitar pukul 3.00 petang, di mana seseorang telah terjatuh ke dalam lubang cerucuk di tapak tersebut.
Pasukan bomba dari Balai Bomba Marina Bay dan Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (DART) turut dikerahkan ke tempat kejadian, menurut SCDF.
Menggunakan peralatan menyelamat termasuk tali penyelamat dan abah-abah, dua anggotat DART diturunkan ke dalam lubang cerucuk itu, iaitu sedalam kira-kira 3m, untuk membawa mangsa keluar dari kawasan berlumpur, tambahnya.
Pasukan Polis Singapura (SPF) tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat berdasarkan siasatan awal yang dijalankan.
"Sebagai langkah keselamatan am, tapak berhampiran kawasan penggalian mesti dinilai dan diperkukuh secukupnya untuk mengurangkan risiko tanah runtuh," tegas MOM.
“Memandangkan cuaca hujan baru-baru ini, kontraktor juga diingatkan supaya menilai semula persekitaran kerja terutamanya selepas hujan lebat bagi memastikan ia kekal selamat untuk para pekerja,” tambahnya.
Penghuni tapak tersebut ialah Woh Hup (Private) Limited, dan pekerja itu diambil bekerja oleh Nardev Builders. Pemaju projek itu ialah S.L. Properties Limited.
MOM sedang menyiasat kejadian itu dan telah mengeluarkan arahan berhenti kerja untuk kerja-kerja binaan substruktur kepada penghuni tapak tersebut.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.