Skip to main content

Singapura

Pekerja maut dalam kemalangan tapak binaan di Resorts World Sentosa

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja maut dalam kemalangan tapak binaan di Resorts World Sentosa

(Gambar: iStock/HuyNguyenSG)

Diterbitkan : 29 Sep 2024 09:41PM
SINGAPURA: Seorang pekerja maut pada Ahad (29 Sep) menyusuli kemalangan di sebuah tapak binaan di Resorts World Sentosa (RWS).

Polis menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai satu kejadian di tempat kerja di 8 Sentosa Gateway sekitar jam 8.00 malam.

"Seorang lelaki berusia 44 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedar dan kemudian disahkan meninggal dunia oleh paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) di tempat kejadian," menurut polis dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp.

RWS menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan itu oleh kontraktor di tapak tersebut pada awal Ahad, dan diberitahu bahawa pekerja itu telahpun meninggal dunia.

Kemalangan itu berlaku di tapak yang dahulu menempatkan 'Maritime Experiential Museum'. Muzium itu ditutup pada 2020 bagi membolehkan kerja-kerja meluaskan S.E.A. Aquarium dan merupakan kawasan yang tidak dibuka kepada orang awam.

"Kontraktor dan RWS kini membantu pihak berkuasa dalam siasatan mereka," tambah jurucakap RWS itu.

Polis menambah bahawa mereka tidak mengsyaki perbuatan khianat, dan siasatan sedang dijalankan.

Mediacorp telahpun menghubungi Kementerian Tenaga Manusia bagi maklumat lanjut.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita