Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja kedai telefon bimbit guna data pelanggan buat pra-pendaftaran kad SIM secara haram

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja kedai telefon bimbit guna data pelanggan buat pra-pendaftaran kad SIM secara haram

(Gambar: Try Sutrisno Foo)

Diterbitkan : 29 Dec 2022 05:00PM Dikemas Kini : 29 Dec 2022 05:01PM

SINGAPURA: Seorang pekerja kedai telefon bimbit menggunakan data pelanggan secara haram untuk membuat pra-pendaftaran kad SIM, memindahkan wang atas arahan pemiutang haram dan memandu tanpa lesen.

Lee Zu Sheng, 28 tahun, dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan empat minggu dan denda S$30,600 bagi pelbagai jenayahnya pada Khamis (29 Dis). Dia juga dilarang memandu selama setahun.

Lee mengaku bersalah atas empat tuduhan termasuk pengubahsuaian sistem komputer Singtel tanpa kebenaran, membantu pemiutang haram dan memandu tanpa lesen. Dua lagi tuduhan diambil kira ketika hukuman dijatuhkan.

Mahkamah diberitahu bahawa Lee berkerja dengan tertuduh Glenn Ng Rong Zhen di sebuah cawangan kedai telefon bimbit di Blok 338 Ang Mo Kio Avenue 1.

Sebelum memberi kad SIM prabayar daripada pembekal perkhidmatan telefon kepada pelanggan, Lee perlu mengesahkan identiti pelanggan dengan dokumen pengenalan yang sah dan asli untuk pendaftaran.

Selepas pengesahan, Lee akan mendaftarkan kad SIM prabayar kepada pelanggan menggunakan mesin pembayaran yang diberi oleh pembekal perkhidmatan telefon.

Proses pendaftaran melibatkan dokumen pengenalan diimbas, menyemak maklumat tersebut adalah sah dan mengimbas kod bar pada kad SIM prabayar untuk disambungkan kepada maklumat pelanggan.

Setiap mesin dipaut kepada sistem pembekal perkhidmatan telefon dan data pendaftaran akan diberikan kepada pelayan pembekal.

Sebelum Disember 2018, Ng menemui cara untuk mengeksploitasi proses pendaftaran untuk mendaftarkan kad SIM prabayar tambahan menggunakan maklumat peribadi pelanggan tanpa izin mereka.

Ia termasuk menggodam mesin tersebut supaya dapat mendaftarkan dua lagi kad SIM prabayar, termasuk kad yang sudah dibeli pelanggan, menggunakan maklumat peribadi mereka.

Selepas Ng menemui cara itu, dia mengarahkan pekerjanya termasuk Lee supaya senyap-senyap membuat pendaftaran terlebih dahulu bagi kad SIM tambahan untuk pelanggan di kedai tersebut.

Mereka melakukan demikian atas dua sebab, untuk menjual kad SIM prabayar yang sudah berdaftar terlebih dahulu pada harga yang lebih tinggi dan untuk mendapatkan bonus serta komisen daripada pembekal perkhidmatan telefon, yang mempunyai skim insentif bagi mereka yang mendaftarkan lebih banyak kad SIM.

Lee mendaftarkan 11 kad SIM prabayar Singtel menggunakan maklumat peribadi enam pelanggan tanpa izin mereka.

Lee didapati membantu pemiutang haram memindahkan wang untuk melunaskan hutangnya.


Lee juga memandu kereta kawannya di Crawford Street pada Disember 2019 sedangkan dia tidak memiliki lesen memandu dan dihentikan oleh polis trafik untuk pemeriksaan.

Pendakwa meminta hukuman penjara empat bulan dan empat minggu bagi Lee, dan denda S$30,600 serta dilarang memandu selama setahun.

Ng sebelum ini dijatuhi hukuman penjara enam bulan bagi peranannya dalam kes tersebut dan dakwaannya merangkumi 75 mangsa dan 135 kad SIM.

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan