Pekerja Hospital Besar Ng Teng Fong dituduh cabul kehormatan pesakit lelaki
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dituduh mencabul kehormatan seorang pesakit lelaki, seorang lelaki yang merupakan pekerja hospital menuntut dibicarakan pada Khamis (4 Julai).
Danisha Nur Delisa Dewa, 38 tahun, berdepan tuduhan mencabuli kehormatan kerana menyentuh pangkal paha pesakit sebanyak tiga kali.
Danisha, yang bekerja sebagai pembantu penjagaan asas ketika itu, dipercayai melakukan kesalahan tersebut di Hospital Besar Ng Teng Fong pada 27 Jan 2023.
Mediacorp telah bertanya pihak hospital sama ada dia masih bekerja di hospital tersebut.
Identiti pesakit itu, yang kini seorang mahasiswa universiti berusia 23 tahun, tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah bagi melindungi identitinya.
Pada hari pertama perbicaraan yang berlangsung lebih lima jam, pesakit memberi keterangan di mahkamah dan berasa semakin tidak selesa ketika menceritakan bagaimana Danisha menyentuh bahagian sulitnya.
Mangsa memberitahu mahkamah bahawa beliau dijadualkan menjalani pembedahan pada 27 Januari 2023 pada bahu kanannya dan tiba di hospital sekitar lewat pagi itu.
Beliau menukar pakaian kepada gaun hospital dan memakai pakaian dalam pakai buang seperti yang diarahkan oleh seorang jururawat.
Setelah itu, beliau diarahkan menunggu di sebuah bilik sehingga tiba waktu untuk menjalani pembedahan. Beliau tertidur ketika menunggu.
Mangsa berkata: "Pada suatu ketika, saya dikejutkan dengan apa yang saya percaya sebagai seorang jururawat lelaki kerana dia memakai pakaian seragam Ng Teng Fong (Hospital Besar) berwarna biru."
Mereka berdua berbual seketika sebelum Danisha bertanya sama ada dia mahu mengalihkan posisi kerusi untuk tidur dengan lebih selesa.
Danisha kemudian dipercayai bertanya sama ada dia memakai seluar dalam dan mengangkat gaun hospital untuk memeriksa sebelum pesakit boleh menjawab soalannya itu.
“Selepas itu, dia terus menutup langsir di sekeliling kerusi,” tambah pesakit itu.
“Dia terus mengambil tekanan darah saya menggunakan mesin... Ketika itu, dia menekan pangkal paha saya sebanyak tiga kali dan bertanya sama ada saya berasa sakit.
"Saya jawab tidak, saya tidak berasa (sakit). Setelah mesin itu selesai menjalankan pemeriksaan, dia meletakkan semula mesin itu di belakangnya, membuka langsir lalu beredar dari tempat itu."
Ketika ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Ethan Lee bagaimana perasaannya itu, pesakit itu berkata dia pada mulanya menganggap bahawa apa yang dilakukan Danisha adalah "sebahagian daripada prosedur biasa" kerana dia seorang pekerja hospital.
Namun, selepas memikirkannya selama "kira-kira 20 hingga 30 minit", dia berasa semakin "tidak senang dan tidak selesa". Ketika itulah dia memutuskan untuk mendekati seorang jururawat untuk menenangkan fikirannya.
Ketika dia keluar dari tempat duduknya, seorang jururawat wanita dari wad bedah menghampirinya dan memaklumkan bahawa pembedahan akan dimulakan. Dia kemudian menceritakan kejadian itu kepada jururawat tersebut dan dua jururawat lain. Mereka semua mengesahkan bahawa apa yang dilakukan oleh Danisha bukan sebahagian daripada prosedur biasa.
Mangsa kemudian menjalani pembedahan.
Selepas terjaga, pesakit memberitahu rakan yang bekerja di hospital tersebut serta ibu bapanya apa yang berlaku. Dia kemudian membuat aduan polis.
Ketika ditanya oleh pihak pendakwa bagaimana kejadian itu memberi kesan kepadanya, pesakit berkata bahawa dia berasa malu. "Dan itulah sebabnya saya tidak bercakap mengenainya kepada orang lain kecuali ahli keluarga saya."
APA KATA PIHAK PEMBELA
Peguam Danisha, Teo Choo Kee dari firma guaman CK Teo & Co memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya mempertikaikan tuduhan menyentuh pesakit secara tidak wajar.
Encik Teo berkata bahawa Danisha telah bertanya sama ada pesakit berasa sakit apabila mesin tekanan darah dihidupkan.
Encik Teo juga memberitahu mahkamah bahawa Danisha telah bertanya kepada pesakit sama ada dia mahukan bantal dan mendapatkan bantal untuknya.
Semasa soal balas, peguam bela mempersoalkan sama ada pesakit telah "merancang" kejadian itu, sambil merujuk bahawa mangsa tidur sebelum itu.
Pesakit bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.
Peguam bela kemudian menunjukkan beberapa percanggahan antara keterangan pesakit di mahkamah dan kenyataan yang diberikan kepada pihak polis pada hari kejadian.
Ini termasuk tangan yang Danisha gunakan untuk menyentuh pesakit, dan jika dia telah menekan kemaluan pesakit dari kanan ke kiri atau dari kiri ke kanan.
Apabila ditanya, pesakit memberitahu mahkamah bahawa aduan polis adalah "paling tepat", sambil mengatakan bahawa sudah hampir 1.5 tahun sejak dakwaan berlaku perbuatan mencabul kehormatan itu dan dia tidak dapat mengingati setiap butiran kerana "kejadian itu traumatik bagi dirinya".
"Saya akan mempercayai aduan yang dibuat 1.5 jam selepas kejadian itu berbanding (keterangan secara lisan) 1.5 tahun selepas kejadian itu," tambah pesakit itu.
Perbicaraan diteruskan.
Jika didapati bersalah kerana mencabul kehormatan, Danisha boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, didenda, dirotan atau dihukum berdasarkan mana-mana gabungan hukuman tersebut.

Sumber : Today/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.