Skip to main content

Singapura

Pekerja hijrahan saman syarikat S$100,000 setelah retak tulang kaki ketika turun dari lori yang padat dengan penumpang

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja hijrahan saman syarikat S$100,000 setelah retak tulang kaki ketika turun dari lori yang padat dengan penumpang

Gambar: Kertas mahkamah, Mediacorp

SINGAPURA: Seorang lelaki yang retak tulang kakinya ketika sedang turun daripada sebuah lori, yang membawa 24 pekerja, menyaman syarikatnya atas kecuaian syarikat terbabit.

Dia mendakwa firma tersebut gagal untuk menyediakan sebuah sistem yang selamat untuk turun dari lori atau mana-mana sistem yang selamat untuk mengangkut pekerja.

Dalam penghakiman yang dibuat pada Khamis (17 Ogos), Hakim Daerah Tan May Tee memihak kepada pekerja hijrahan, Encik Ramalingam Murugan, dengan kerosakan yang dinilai kemudian.

Dalam menjawab pertanyaan Mediacorp, peguam Encik Murugan, Encik Muhamad Ashraf Syed Ansarai berkata anak guamnya meminta sekitar S$100,000 bagi pampasan.

Hakim memutuskan bahawa sistem kerja yang selamat diperlukan, sekalipun untuk menaiki dan turun dari lori sahaja. Pendirian hakim sebelumnya adalah ia merupakan perbuatan yang mudah, yang tidak memerlukan sebarang sistem kerja yang selamat.

Encik Murugan, seorang warga India yang berusia 37 tahun, sedang bekerja sebagai tukang cat struktur keluli dan kapal untuk syarikat pembaikan kapal marin Rigel Marine Services ketika kejadian tersebut berlaku pada 3 Januari 2021.

Pada sekitar 7.00 pagi pada hari tersebut, Encik Murugan telah diangkut dari dormitorinya ke premis syarikatnya di 11A Joo Yee Road di bahagian belakang lori 12 kaki bersama pekerja lain.

Pekerja-pekerja tersebut turun setibanya di tempat kerja tersebut. Mereka kemudiannya dipindahkan ke lori lain untuk dibawa ke lokasi kerja.

Hujan lebat sedang melanda pada ketika itu, dan para pekerja tergesa-gesa untuk beralih ke lori lain supaya mereka terlindung daripada hujan, ujar Encik Murugan.

Beliau merupakan lelaki keempat untuk turun dari lori tersebut. Pada ketika itu, papan kenderaan tersebut tidak diturunkan lalu beliau menggunakan kedua-dua tangannya untuk memegangnya.

Beliau kemudian menggunakan kaki kirinya untuk melangkah papan tersebut untuk meletakkannya di atas tapak kaki di atas lori. Encik Murugan bagaimanapun mendedahkan beliau ditolak sama ada oleh rakan sekerja atau rakan sekerja yang sedang menunggu untuk turun.

Beliau hilang imbangan badan lalu terjatuh dari lori. Lututnya mengalami kesan bengkak akibat kesan penuh dari kejatuhan tersebut. Rakan-rakannya pun membawanya ke bengkel di tapak tersebut sebelum dia dibawa kembali ke dormitorinya.

Beliau kemudian dibawa ke hospital apabila kesakitannya tidak reda, dan didapati mengalami keretakan di kaki kanannya.

Beliau telah menjalani rawatan pembedahan bagi keretakan yang dialami dan diberi cuti sakit selama kira-kira lima bulan.

Dia mendakwa syarikat tersebut dan pekerjanya gagal menyediakan akses selamat kepadanya untuk menaiki dan turun dari lori, sistem selamat turun daripada lori atau penyeliaan aktif dalam proses untuk turun dari lori, dan gagal melaksanakan atau menguatkuasakan sebarang sistem pengangkutan yang selamat untuk pekerja.

Dia juga mendakwa syarikat itu gagal untuk menugaskan sesiapa untuk menyelia dan memastikan para pekerja dapat turun dari lori dengan selamat, atau menjalankan penilaian risiko untuk mengenal pasti potensi bahaya yang berkaitan dengan proses untuk turun dari kenderaan.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita