Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja hijrahan ini meski sudah lama bekerja di S'pura buat 'dakwaan palsu' di Facebook

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang pekerja hijrahan yang sudah lama bekerja di Singapura yang permit kerjanya tidak diperbaharui oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sebelum ini membuat kenyataan palsu dalam catatan Facebooknya yang mungkin menghasut para pekerja lain di dormitori-dormitori pekerja hijrahan. 

Demikian menurut kementerian tersebut pada Rabu (22 Jun). 

Semasa menjawab pertanyaan Mediacorp, MOM menyatakan bahawa pas kerja Zakir Hossain yang sudah bekerja di Singapura selama 19 tahun didapati tidak layak untuk diperbaharui oleh Pengawal Pas Kerja. 

Dia membuat rayuan yang telah dipertimbangkan oleh pihak berkuasa, namun tidak berjaya. 

Majikannya juga tidak mengemukakan sebarang rayuan. 

MOM turut mendedahkan bahawa Encik Zakir kerap menulis tentang pekerja hijrahan sepanjang tempoh dia berada di Singapura. 

"Pihak kami sudah banyak kali memperbaharui pas kerjanya, sekalipun dengan catatan dan aktivitinya. Sungguhpun demikian, ada batasnya, lebih-lebih lagi jika catatan-catatan itu mengelirukan, palsu atau boleh membangkitkan kemarahan," menurut MOM. 

CATATAN MENGENAI SITUASI DI DORMITORI WESTLITE TUKANG PADA 2020

Sebagai contoh, menurut MOM, Encik Zakir memuat naik catatan ke Facebook pada 16 Oktober tahun lalu yang berkongsi tentang keadaan tempat tinggal di Dormitori Westlite Tukang. 

Pada 13 Oktober 2021, dormitori itu dikawal rapi semasa MOM menyiasat dakwaan mengenai pelanggaran protokol kesihatan  COVID-19, kekurangan akses kepada bantuan perubatan dan mutu makanan yang kurang baik di dormitori tersebut. 

Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Koh Poh Koon mengakui terdapat "kelemahan semua pihak" di Parlimen pada 1 November 2021 berhubung insiden pada 13 Oktober itu. 

"Encik Zakir menyifatkan pekerja hijrahan di Singapura sebagai 'hamba' dan dormitori-dormitori ibarat 'kem kerja'. Dia juga mendakwa seolah-olah pasukan tentera dan kenderaan berperisai telah mengepung Dormitori Westlite Tukang," menurut MOM. 

MOM menyifatkan catatan Encik Zakir sebagai "gambaran palsu" sambil menambah bahawa para pegawai polis berada berdekatan dengan dormitori tersebut sebagai langkah berjaga-jaga. 

"Mereka tidak pernah mengepung dormitori tersebut ataupun bersemuka dengan pekerja di sana. Sebaliknya, pegawai MOM dan kakitangan dormitori mendampingi pekerja di sana untuk menangani keprihatinan mereka. Tiada anggota tentera mahupun kenderaan berperisai di sana." 

MOM menarik perhatian bahawa Encik Zakir mengakhiri catatan itu seolah-olah ia adalah dari "para pekerja Westlite Tukang" padahal dia tidak pernah menetap di sana. 

"Kenyataan palsu Encik Zakir mungkin mengapi-apikan para pekerja hijrahan di Westlite Tukang dan di dormitori-dormitori lain, membangkitkan kemarahan dan menyebabkan insiden-insiden yang mengganggu ketenteraman awam. Mujur, para penghuni sebenar Westlite Tukang menyedari bahawa MOM, majikan mereka dan pengendali dormitori tersebut benar-benar serius terhadap usaha untuk menangani masalah mereka dan menenangkan mereka." 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan