Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja hijrahan di dormitori perlu mohon pas lawatan ke 4 lokasi pada hari Ahad, cuti umum

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pekerja hijrahan yang tinggal di dormitori tidak lagi perlu memohon pas keluar untuk melawat ke kawasan-kawasan masyarakat mulai 24 Jun, namun perlu memohon bagi pas lawatan ke empat lokasi popular pada hari Ahad dan cuti umum.

Buat masa ini, para pekerja hijrahan di dormitori perlu memohon bagi pas keluar sekiranya mahu mengunjungi ke mana-mana lokasi dalam masyarakat.

"Untuk mengawal kesesakan di tempat-tempat popular, kami akan memperkenalkan mekanisme baru untuk mengurus jumlah pengunjung di empat lokasi - Chinatown, Geylang Serai, Jurong East dan Little India," menurut Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini (Jun 10).

Jika seorang pekerja hijrahan mahu melawat salah sebuah lokasi popular pada hari Ahad dan cuti umum, dia perlu memohon bagi pas lawatan.

Secara keseluruhan, sehingga 80,000 pas akan disediakan bagi setiap hari Ahad atau cuti umum. Sebagai permulaan, 30,000 pas untuk Little India, 20,000 pas untuk Jurong East dan 15,000 untuk Geylang Serai dan Chinatown setiap satu akan disediakan.

Mereka tidak perlukan pas jika mereka melawat tempat-tempat lain di Singapura pada hari Ahad dan cuti umum.

MOH menambah, tiada pas diperlukan jika pekerja hijrahan melawat kawasan-kawasan masyarakat, termasuk tempat-tempat popular, pada hari biasa, Sabtu atau bukan cuti umum.

Sumber : CNA/sy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan