Pekerja hijrahan belajar budaya satu sama lain & budaya tempatan sempena Hari Keharmonian Kaum
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 1,800 pekerja hijrahan berkumpul untuk kenali budaya satu sama lain dan budaya masyarakat tempatan sempena Hari Keharmonian Kaum pada Ahad (21 Jul).
Selain dapat menyelami maklumat dan pameran di reruai-reruai budaya yang dikelolakan kaum etnik yang berbeza, para pekerja hijrahan juga dapat ikuti dialog silang agama dan nikmati bermacam persembahan menarik yang disediakan buat pekerja hijrahan.
Acara yang berlangsung di Pusat Rekreasi Sembawang itu dianjurkan bersama Kumpulan Jaminan, Penjagaan dan Penglibatan (ACE) Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Jangkauan Perikatan Pekerja Tamu (AGWO).
Ia juga disokong oleh 24asia dan rakan kongsi pelbagai bangsa. Antaranya termasuk Persatuan Khidmat Sosial India Muslim (IMSSA), Masyarakat Vietnam Singapura, Masjid Assyafaah dan Pertubuhan Serani Singapura.
Pengurus Komunikasi dan Pendekatan ACE, Mohammad Nizam Amlan berkata, acara itu bertujuan untuk memperdalam ilmu pengetahuan dan penghargaan terhadap masyarakat berbilang agama dan kaum di Singapura buat pekerja hijrahan.
"Kami juga menggalakkan rakyat Singapura yang hadir pada acara ini untuk berinteraksi dengan pekerja hijrahan untuk memupuk kefahaman jadi supaya mereka dapat tahu amalan agama masing- masing yang amat berbeza," kongsi Encik Nizam kepada wartawan Nurfazirah Azman.
Ia sekaligus untuk memberi peluang kepada rakyat Singapura untuk mendekati dan berinteraksi dengan pekerja hijrahan untuk memupuk pemahaman terhadap budaya dan amalan satu sama lain.
"Keharmonian kaum dan agama adalah penting untuk perpaduan sosial Singapura. Kami memerlukan masa dan usaha dari pelbagai rakan-rakan kongsi kami dan juga orang orang awam untuk membina kefahaman ini," kongsi Encik Nizam.
SESI DIALOG SILANG AGAMA BERSAMA BELIA DAN PEKERJA HIJRAHAN
Dalam dialog silang agama yang dikelolakan para belia dari Pertubuhan Antara Agama (IRO) itu juga disertai belia-belia dari Sekolah Menengah Dunman, Institut Millenia dan Maktab Rendah Kebangsaan.
Melalui dialog itu, para belia dan pekerja hijrahan dapat pelajari lebih mendalam mengenai tradisi dan budaya masing-masing melalui pengalaman yang dikongsikan.
Mereka yang ditemui wartawan Nurfazirah Azman rata-rata berpuas hati dengan ilmu yang diraih.
"Semasa sesi dialog silang agama tadi saya pelajari banyak perkara seperti bagaimana untuk berbual dengan orang-orang daripada budaya dan bahasa yang berbeza. Bagaimana untuk mengendalikan dan berkomunikasi dengan orang yang berbeza bahasa dari budaya dan agama yang berbeza.
"Disebabkan ini, ia sangat membantu pekerja hijrahan kerana kami akan mendapat lebih banyak bantuan dan akan menggalakkan kami melakukan banyak perkara dan berinteraksi dengan orang yang mempunyai budaya yang berbeza," kata Anandha Pradeep.
Seorang lagi pekerja hijrahan berkata inisiatif sebegitu membolehkannya ketahui lebih tentang agama dan budaya rakan-rakannya.
"Saya belajar mengenai orang lain daripada negara dan budaya yang berbeza. Apakah agama mereka dan mereka akan kongsikan dan bincangkan dengan kami seperti contoh saya beragama Islam manakala kawan saya Hindu dan Kristian," kata pekerja hijrahan, Rasel Golam.
Mereka mengalu-alukan inisiatif itu dan berharap dapat menyertai lebih banyak acara pada masa hadapan.
BELIA BERPELUANG PELAJARI LEBIH MENDALAM TENTANG PEKERJA HIJRAHAN
Lebih 200 belia yang terlibat dalam acara menekankan kepentingan mereka untuk berkomunikasi dan mendekati pekerja hijrahan untuk memupuk persefahaman antara mereka.
"Sebab utama kami mengambil keputusan untuk menyertai acara ini adalah supaya belia dari pertubuhan kami dapat memahami lebih lanjut tentang dedikasi dan kerja keras pekerja hijrahan di Singapura.
"Belia adalah pemimpin buat masa hadapan jadi ia penting bagi kami untuk kenal siapa yang membina asas Singapura," kata sukarelawan belia dari Persatuan Khidmat Sosial Muslim India (IMSSA), Adam Abdul Malik.
Beliau menarik perhatian bahawa lebih ramai belia kini melibatkan diri dalam acara serupa untuk menyumbang kembali kepada pekerja hijrahan yang sudah banyak berjasa untuk negara ini.
Penolong Eksekutif Pembangunan & Hubungan Masyarakat Hope Initiative Alliance (HIA), Lina Yunos berkata acara itu membuka ruang untuk para belia mendekati pekerja hijrahan.
"Belia adalah sebahagian daripada masyarakat dan bukan itu sahaja, mereka juga masa depan masyarakat. Saya rasa kebanyakan daripada mereka tidak pernah berinteraksi dengan pekerja hijrahan sebelum ini dan sudah pasti ada jurang antara penduduk tempatan dan belia dengan pekerja hijrahan. Banyak lagi usaha yang boleh dilakukan.
"Belia mempunyai kuasa untuk mempengaruhi rakan sebaya mereka untuk maju ke hadapan dan datang ke Pusat Rekreasi untuk melibatkan diri dengan pekerja hijrahan," kata Cik Lina.
Menurut pihak penganjur, mereka kini dalam perancangan untuk menganjurkan lebih banyak acara yang melibatkan pekerja hijrahan.
Antaranya sambutan Deepavali, 'Hari Pekerja Hijrahan Sedunia' dan 'Hari Kesejahteraan Mental Sedunia' yang bakal berlangsung Oktober ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.