Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja harus lihat transformasi di tempat kerja sebagai kelebihan ekonomi - AP Sharael Taha

 Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol Shahrael Taha menggesa para pekerja agar melihat transformasi di tempat kerja sebagai kelebihan ekonomi serta menceburi sektor pertumbuhan seperti dalam ekonomi hijau yang baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Feb 2021 08:15PM Dikemas Kini : 24 Feb 2021 10:58PM

SINGAPURA: Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol Sharael Taha menggesa para pekerja agar melihat transformasi di tempat kerja sebagai kelebihan ekonomi serta menceburi sektor pertumbuhan seperti dalam ekonomi hijau yang baru.

Encik Shahrael berkata demikian di Parlimen semasa para AP mula membahaskan Kenyataan Belanjawan 2021 hari ini (24 Feb).

Menurutnya peluang bekerja dari rumah semasa pandemik COVID-19 haruslah dilengkapi dengan kesedaran bahawa para pekerja perlu meningkatkan daya saing mereka.

Golongan pekerja tidak lagi boleh memeluk tubuh dan hanya mahu melindungi pekerjaan mereka sekarang, kata beliau, tetapi perlu memikirkan bagaimana mereka boleh meningkatkan kemahiran supaya kekal relevan dalam ekonomi global pasca COVID-19.

Antaranya, Encik Sharael menggesa para pekerja mempertimbangkan pilihan supaya menceburi bidang baru seperti ekonomi hijau.

Ini kerana industri bahan api misalnya mungkin kurang bergantung kepada minyak dan enjin pada masa depan dan ini akan menjejas pekerja bergaji rendah sektor tersebut.

"Pekerja kita yang berkecimpung dalam industri ini perlu beralih ke industri yang menunjukkan potensi pertumbuhan dan kita perlu menguruskan proses ini dengan teliti, supaya tiada pekerja tersilap langkah dan tercicir. Ini terutama sekali penting kerana biasanya, pekerja bergaji rendah dalam industri juga adalah golongan yang paling terdedah kepada perubahan struktur dalam industri.

"Kita perlu mulakan proses ini sekarang, supaya kita berkeupayaan untuk mengambil kesempatan dan merebut peluang yang ada dalam ekonomi hijau yang baru," menurut Encik Sharael Taha.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan