Skip to main content

Singapura

Pekerja Dyson diberhentikan kerja tidak dilindungi kesatuan; tempoh notis 'boleh dirunding': MOM

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan para pekerja yang diberhentikan oleh Dyson pada Selasa (1 Okt) tidak tertakluk di bawah perlindungan kesatuan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja Dyson diberhentikan kerja tidak dilindungi kesatuan; tempoh notis 'boleh dirunding': MOM

Ibu pejabat syarikat teknologi Dyson di St James Power Station di Singapura. (Gambar fail: Dyson)

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan para pekerja yang diberhentikan oleh Dyson pada Selasa (1 Okt) tidak tertakluk di bawah perlindungan kesatuan.

Justeru ia bermakna tempoh notis mereka "boleh dirunding".

Menurut MOM, para kakitangan yang diberhentikan kerja terdiri daripada golongan profesional, pengurus dan eksekutif (PME).

Faedah pampasan mereka juga boleh "dirunding" di bawah nasihat tiga pihak untuk pemberhentian kerja.

MOM menyatakan kesemua pekerja Dyson yang terjejas oleh langkah pemberhentian itu telah diberikan sokongan termasuk bimbingan dan kaunseling kerjaya untuk tempoh tiga bulan akan datang ini.

MOM turut menyatakan ia akan bekerjasama dengan kedua-dua pihak bagi meraih huraian yang saling menguntungkan.

Pakej pemberhentian kerja yang dilaporkan diberikan kepada para pekerja Dyson merupakan gaji bulanan bagi setiap tahun mereka berkhidmat.

Namun pihak kesatuan yang mewakili pekerja industri itu menyatakan ia tidak jelas sama ada terdapat had pada pakej yang diberikan.

Ia juga sedang cuba mengesahkan butiran pakej tersebut.

Menurut MOM, Singapura menyokong syarikat-syarikat seperti Dyson untuk terus melabur dan mendirikan operasi di negara ini.

Ia menambah bahawa ia akan terus bekerjasama dengan syarikat-syarikat itu dan kesatuan pekerja bagi memastikan Singapura kekal menyokong para pekerja dan menggalakkan pertumbuhan.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita