Skip to main content

Singapura

Pekerja ditemui mati dalam runtuhan struktur bangunan Tanjong Pagar

Anggaran Waktu Membaca:
 Pekerja ditemui mati dalam runtuhan struktur bangunan Tanjong Pagar

Para pegawai SCDF memeriksa tapak runtuhan di 1 Bernam Street pada 15 Jun 15 2023. (Gambar: Syamil Sapari/CNA)

Diterbitkan : 15 Jun 2023 11:45PM
SINGAPURA: Mayat pekerja yang hilang akhirnya ditemui, hampir 8 jam selepas satu struktur bangunan di Tanjong Pagar runtuh pada Khamis (15 Jun).

Pekerja berkenaan dilapor hilang selepas Pasukan Pertahanan Awam (SCDF) dimaklumkan tentang insiden itu pada sekitar jam 2.00 petang.

"Menyusuli satu operasi mencari yang menyeluruh, seorang pekerja yang awalnya dilapor hilang, dilihat terperangkap di bawah satu tembok penahan konkrit bertetulang pada sekitar 6.00 petang. Pekerja itu tidak lagi bernafas dan tidak mempunyai denyutan jantung," menurut SCDF dalam satu kemas kini.

"SCDF segera menjalankan operasi memecahkan (struktur tersebut) untuk menyelamatkan mangsa," menurut SCDF lagi sambil menambah, usaha mereka sukar dijalankan kerana tembok tersebut berat dan ada juga bahan-bahan lain di sekeliling pekerja terbabit.

"Mangsa akhirnya dapat dikeluarkan daripada runtuhan selepas hampir empat jam pada sekitar 9.45 malam. Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik."

Insiden berlaku di tapak di mana bangunan Fuji Xerox Towers sedang dirobohkan.

Operasi mencari bagi pekerja yang hilang itu dijalankan para pegawai Pasukan Bantuan dan Penyelamat Bencana (DART) dari Divisyen Pertama SCDF dan Balai Bomba Marina Bay.
Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita