Pekerja digesa sesuaikan diri dalam sektor lain; jawatan kosong merosot dek ramalan pertumbuhan kian lemah
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: CNA/Try Sutrisno Foo
SINGAPURA: Selepas hampir 15 tahun berkhidmat dalam Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF), keinginan Encik Ivan Lua untuk mendapatkan pekerjaan korporat mendorongnya menimbangkan jawatan dalam sektor pertumbuhan yang kian berkembang.
Lelaki berusia 36 tahun itu kemudian membuat pertukaran pertengahan kerjaya ke dalam bidang keselamatan siber di sebuah bank, selepas mengikuti program kewangan yang ditawarkan Workforce Singapore dan Institut Perbankan dan Kewangan pada 2021.
"Saya melihat (keselamatan siber) sebagai bidang dengan pilihan peluang yang luas untuk menjalani latihan dan kemudian meneroka laluan kerjaya saya," kata pakar maklumat dan risiko keselamatan siber di Bank Standard Chartered itu.
PERMINTAAN BURUH KIAN REDA
Para pekerja di Singapura digalakkan menyesuaikan diri dan bersikap terbuka untuk berpindah ke sektor lain, memandangkan jumlah kerja kosong mungkin semakin merosot disebabkan ramalan pertumbuhan ekonomi yang kian lemah, menurut para pemerhati buruh.
Ini berlaku di tengah-tengah petanda bahawa permintaan buruh menjadi semakin reda.
Jumlah jawatan kosong merosot bagi lima suku berturut-turut, dari 99,600 pada bulan Mac kepada 87,900 pada bulan Jun, menurut kemas kini pasaran buruh terbaharu oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Khamis (14 Sep).
Atas sebab itu, nisbah kerja kosong kepada para penganggur turun dari 2.28 pada bulan Mac kepada 1.94.
"Melihat kepada sekitaran luaran dan pertumbuhan ekonomi yang lemah bagi baki tahun ini, permintaan buruh mungkin semakin reda dan tidak sama antara industri," jelas MOM.
Jawatan kosong berada di paras tertinggi pada 126,000 pada bulan Mac tahun lalu.

Para penganalisis berkata unjuran bagi permintaan buruh mungkin tidak rancak bagi bulan-bulan mendatang.
Namun demikian, sektor pertumbuhan seperti khidmat profesional, perhubungan dan penerangan serta khidmat kewangan masih mengambil pekerja, sekali gus membentuk lebih satu perlima kerja kosong pada bulan Jun.
Bagi Encik Lua, laluan kerjaya sedia ada adalah sesuatu yang membuat beliau bersikap optimis.
Meskipun banyak yang perlu dipelajari pada awalnya, beliau yakin ia perlu supaya beliau dapat terus maju dalam kerjayanya.
"Saya rasa pertukaran pertengahan kerjaya ini benar-benar bermakna setakat ini dan saya rasa sangat berbesar hati diberi peluang untuk mencuba haluan ini."

PENGALAMAN BAHARU NAMUN PENUH BERMAKNA
Dalam sebilangan sektor dengan permintaan meningkat bagi buruh yang berkemahiran, program pertukaran kerjaya boleh membantu para karyawan menyesuaikan diri ke dalam peranan mereka dengan lebih mudah.
Misalnya, Encik Prem Muniandy, seorang bekas optometris, kini membantu keluarga dan menyokong mereka mendapatkan keperluan sebagai seorang pekerja sosial.
Beliau, yang berusia 37 tahun, menarik perhatian bahawa membuat peralihan pertengahan kerjaya ke dalam bidang kerja sosial sesuatu yang membimbangkan, terutama sekali memandangkan beliau perlu bekerja sambil belajar pada masa yang sama.
"Ia salah satu perkara terbaik yang pernah saya lakukan untuk diri saya kerana jika tidak, saya masih akan berada dalam keadaan yang sama," tambah beliau.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN UNTUK KEKAL RELEVAN
Laporan pasaran buruh terkini MOM menarik perhatian bahawa pengambilan pekerja penduduk Singapura merosot buat pertama kalinya sejak suku kedua 2020.
Jumlah rakyat dan penduduk tetap Singapura yang bekerja menguncup sebanyak 1,200 pada suku kedua tahun ini.
Pakar tenaga manusia menjelaskan pekerja perlu sentiasa meningkatkan kemahiran untuk kekal relevan.
Penganalisis sumber manusia Adrian Tan berkata bahawa ini juga memandangkan sebilangan industri sudah menjalani transformasi menyusuli pandemik COVID-19, sekali gus menyebabkan perubahan dalam peranan tugas dan proses perniagaan.
Para pekerja yang mahu menukar kerjaya harus merancang bagi masa depan, termasuk mencari sumber kewangan untuk mengharungi proses peralihan tersebut.

Sumber : CNA/IM/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.