Pekerja di Lapangan Terbang Changi bakal jalani ujian COVID-19
Kementerian Kesihatan (MOH) akan melakukan ujian COVID-19 terhadap semua kakitangan yang bekerja di Terminal 1 dan Terminal 3 Lapangan Terbang Changi serta Jewel. Langkah tersebut diambil setelah tiga pekerja terminal-terminal itu disahkan positif COVID-19 pada Sabtu (9 Mei).
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) akan melakukan ujian COVID-19 terhadap semua kakitangan yang bekerja di Terminal 1 dan Terminal 3 Lapangan Terbang Changi serta Jewel.
Langkah tersebut diambil setelah tiga pekerja terminal-terminal itu disahkan positif COVID-19 pada Sabtu (9 Mei).
Mereka termasuk seorang warga Singapura berusia 57 tahun yang merupakan pegawai penerbangan di Terminal 1 dan 3.
Beliau yang mempunyai tugas memeriksa penumpang, menerima dos vaksin keduanya pada 4 Februari lalu.
Seorang lagi adalah seorang pembersihan berusia 47 tahun di Terminal 3.
Pemegang permit kerja itu mendapat suntikan yang keduanya pada 19 Februari.
Kes yang ketiga adalah seorang penyelaras keselamatan di Terminal 3, seorang warga Singapura yang berusia 33 tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.