Pekerja cedera selepas terjatuh 2 tingkat di Chinatown Point
Seorang lelaki berusia 28 tahun yang bekerja di kawasan akses terhad di Chinatown Point terjatuh dua tingkat pada petang Ahad (9 Jan).

(Gambar: YouTube/Kurt Tay)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 28 tahun yang bekerja di kawasan akses terhad di Chinatown Point terjatuh dua tingkat pada petang Ahad (9 Jan).
Pekerja yang cedera itu dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH) dalam keadaan sedarkan diri, kata pengurusan bangunan itu dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Dia "terjatuh dari kawasan akses terhad di Aras 4 ke koridor di Aras 2" pada 3.27 petang, kata Perennial (Singapura) Retail Management pada petang Ahad.
Pekerja itu sedang menjalankan "kerja yang sudah dijadualkan" ketika kejadian itu berlaku. Tidak ada orang lain yang cedera.
"Seorang pegawai keselamatan yang sedang bertugas segera memberikan bantuan manakala pasukan pengurusan hartanah menghubungi ambulans," kata syarikat itu.
"Kawasan kejadian" di Aras 4 terus ditutup, dan syarikat itu "bekerja rapat dengan ... pihak berkuasa berkaitan untuk menyiasat kejadian tersebut".
Video yang tular di media sosial menunjukkan lelaki itu dalam keadaan tertiarap dan orang ramai datang membantunya. Kelihatan juga individu-individu memakai peralatan perlindungan diri memindahkan lelaki itu ke atas pengusung.
SCDF menyatakan ia menerima panggilan meminta bantuan di 133 New Bridge Road - di mana terletaknya Chinatown Point - pada kira-kira jam 3.30 petang dan membawa seorang individu ke hospital.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.