Pekerja binaan maut susuli kemalangan semasa kerja tarik kabel dijalankan di Pasir Ris
Anggaran Waktu Membaca:

Pasir Ris Industrial Drive 1. (Gambar: Google Street View)
SINGAPURA: Seorang pekerja binaan maut menyusuli satu kemalangan yang berlaku semasa kerja-kerja menarik kabel dijalankan di Pasir Ris pada Ahad (24 Sep).
Insiden maut di tempat kerja itu berlaku di Pasir Ris Industrial Drive 1 pada Ahad pada sekitar 2.15 petang.
Demikian menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam menjawab pertanyaan Mediacorp pada Rabu (27 Sep).
Seorang pekerja binaan warga India sedang melakukan kerja-kerja menarik kabel apabila sebuah keluli tegak yang menyokong gelendong kabel runtuh, menyebabkan sebuah batang besi keluli menghempap ke atasnya, nyata MOM.
Kerja menarik kabel melibatkan kerja-kerja menggerakkan wayar atau kabel dari satu tempat ke tempat yang lain untuk memasang penghuung sementara sebuah gelendong kabel merupakan kili yang berbentuk silinder digunakan untuk mengangkut wayar dan kabel yang bergelung.
Pekerja berusia 34 tahun itu dikejarkan ke Hospital Besar Changi (CGH). Dia malangnya, meninggal dunia di sana akibat kecederaan yang dialaminya, tambah kementerian tersebut.
Majikan pekerja terbabit ialah Alliance E&C. Manakala, pemilik tapak kerja berkenaan merupakan Hong Hock Global.
MOM telah mengarahkan pemilik tapak kerja tersebut untuk menghentikan semua kerja-kerja membentangkan kabel dan sedang menyiasat insiden tersebut.
"Sebagai langkah keselamatan umum, gelendong kabel tersebut dan struktur sokongannya mesti stabil dan diikat semasa kerja-kerja melibatkan kabel dijalankan," tegas MOM.
Awal bulan ini, dua pekerja binaan maut di dua kemalangan di tempat kerja yang berasingan di tapak kerja Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada 15 dan 16 September.

Secara keseluruhan, sebanyak 14 kematian di tempat kerja dilaporkan kepada MOM dari Januari hingga Jun tahun ini.
Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.