Skip to main content

Singapura

Pekerja binaan maut dihempap rangka pagar besi di Yishun

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang pekerja binaan meninggal dunia pada Isnin (21 Okt) selepas dihempap rangka pagar besi di tapak kerja di Yishun.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.50 petang di Blok 413 Yishun Ring Road.

Pekerja itu, seorang warga China berusia 55 tahun, sedang menolak rangka pagar besi itu apabila ia menghempapnya, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Pekerja itu dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat, di mana beliau meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Gambar yang dikongsi dengan Mediacorp menunjukkan seorang pekerja binaan terbaring di lantai. Pegawai dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dilihat mengangkutnya dari tempat kejadian menggunakan pengusung.

"Di bawah langkah keselamatan am, pintu gelongsor mesti direka bentuk dan dipasang dengan betul menggunakan penyumbat yang sesuai untuk mengelakkannya daripada tergelincir apabila digunakan," kata MOM.

Tambahnya, ia sedang menyiasat kejadian itu dan telah mengarahkan majikan, Jin Shan Construction, menghentikan semua aktiviti kerja di tapak berkenaan.

Menurut MOM, Majlis Bandaran Nee Soon adalah pemaju projek tersebut.
Sumber : CNA/SU/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita