Pekerja binaan dipenjara, tikam rakan sebilik gara-gara cakap kuat di telefon
Seorang pekerja binaan yang berbual dengan kuat bersama isterinya di telefon, kerana cuba meredakan kebimbangan beliau mengenai keputusan untuk kekal di Singapura di tengah-tengah penularan COVID-19, mencetuskan kemarahan rakan sebiliknya yang bertindak menikam lelaki itu menggunakan pisau.
Gambar hiasan. (Gambar: AFP)
SINGAPURA: Seorang pekerja binaan yang berbual dengan kuat bersama isterinya di telefon, kerana cuba meredakan kebimbangan beliau mengenai keputusan untuk kekal di Singapura di tengah-tengah penularan COVID-19, mencetuskan kemarahan rakan sebiliknya yang bertindak menikam lelaki itu menggunakan pisau.
Atas perbuatannya itu, warga China Zhang Chijun, 49 tahun dihukum penjara enam bulan pada Jumaat (17 Jul).
Dia mengaku bersalah atas satu tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan dengan alat yang boleh mengakibatkan kematian.
Mahkamah diberitahu bahawa Zhang berkongsi bilik dormitori dengan mangsa, Chen Huabing, juga seorang warga China yang berusia 48 tahun.
Mereka berdua adalah pekerja binaan yang tinggal di dormitori Samsung di 31A Tanah Merah Coast Road dan tidur di katil bertentangan satu sama lain dalam sebuah bilik yang dikongsi oleh lapan lagi orang.
Pada malam 7 Mei, ketika tempoh "circuit breaker" dikuatkuasakan, Zhang dan Encik Chen berada di dalam bilik, sedang baring di katil masing-masing.
"Mangsa sedang berbual dengan isterinya, yang marah kerana beliau tetap mahu kekal di Singapura meskipun kes penularan COVID-19 semakin meningkat di Singapura," menurut Timbalan Pendakwa Raya Grace Teo.
Mangsa bercakap dengan nada kuat semas cuba memujuk isterinya, tetapi ini menyebabkan Zhang marah, kerana beliau sedang cuba tidur.
Pada sekitar pukul 11.30 malam, Zhang memberitahu Encik Chen supaya jangan cakap terlalu kuat sedang dia terus berbual dengan isterinya.
Encik Chen berdiri dan menghampiri Zhang, dengan niat menghidupkan lampu. Zhang juga berdiri, mengambil pisau dapur sepanjang 19 sentimeter dari kabinet bersebelahan katilnya, dan menikam mangsa.
Encik Chen cuba mengelak tetapi gagal dan ditikam di bahagian lengannya.
Atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakanalat yang boleh mengakibatkan kematian, Zhang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, didenda, disebat, atau gabungan hukuman tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.