Skip to main content

Singapura

Pekerja binaan dipenjara gigit cuping telinga mangsa

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Selepas meminum minuman keras di sebuah apartmen pekerja, seorang pekerja binaan yang mabuk melemparkan kata-kata kesat terhadap seorang lelaki, sebelum menggigit cuping telinganya.

Manohar Sankar, seorang rakyat India berusia 37 tahun, dijatuhi hukuman penjara lima bulan dan denda S$1,000 pada Isnin (26 Jun) atas kesalahannya itu.

Dia mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan yang teruk dengan sengaja dan tuduhan menggunakan kata-kata kesat.

Mahkamah mendengar bahawa Sankar menetap di sebuah bangunan pekerja di Upper Serangoon Road, bersama mangsa, juga seorang rakyat India, yang berusia 47 tahun.

Pada malam 19 Mei 2020, Sankar sedang meminum minuman keras di sudut bumbung bangunan tersebut. Mangsa juga berada di bumbung itu.

Sekitar pukul 10.00 malam, Sankar mula melemparkan kata-kata kesat terhadap mangsa dalam bahasa Tamil, dengan memaki ibu mangsa.

Mangsa berasa tertekan dan memberitahu Sankar untuk berhenti memarahinya.

Sankar kemudian menghampiri mangsa yang sedang duduk di atas kerusi, sebelum menarik mangsa dari belakang sebelum dan menggigit telinga kirinya.

Mangsa pergi ke hospital pada keesokan hari kerana telinga kirinya masih terasa sakit. Doktor mendapati dia kehilangan cuping telinga kirinya sebesar 2 sentimeter kali 2 sentimeter disebabkan "luka yang memberi trauma pada telinga kirinya".

Lukanya sudahpun sembuh, namun mangsa mengalami kecacatan kekal pada cuping telinga kirinya, kata pendakwa.

Atas kesalahan menyebabkan kecederaan yang teruk, Sankar boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda atau disebat.

Atas kesalahan menggunakan kata-kata kasar untuk menimbulkan rasa tertekan, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga $S5,000, atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita