Pekerja binaan dikejarkan ke hospital selepas palang konkrit runtuh
Seorang pekerja dikejarkan ke hospital selepas sebuah palang konkrit besar runtuh di tapak binaan di 132 Margaret Drive, Queenstown pada Sabtu (2 Mac).
Sebuah palang konkrit besar runtuh di tapak binaan di 132 Margaret Drive, Queenstown pada 2 Mac. (Gambar-Gambar: SCDF)
SINGAPURA: Seorang pekerja dikejarkan ke hospital selepas sebuah palang konkrit besar runtuh di tapak binaan di 132 Margaret Drive, Queenstown pada Sabtu (2 Mac).
Menulis di laman Facebooknya, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa pihaknya memberi respons kepada insiden itu pada sekitar 4.35 petang.
Menurut SCDF, palang konkrit besar yang terletak di tingkat teratas sebuah bangunan yang sedang dibina runtuh sehingga ke tingkat bawah sebuah tempat letak kereta.
Pekerja binaan itu mengalami kecederaan di bahagian kepalanya dan dikejarkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH) akibat insiden tersebut, menurut SCDF.
Ia menambah: "SCDF sudahpun selesai menjalankan operasi mencari di tapak binaan itu dan tiada kecederaan lain dilaporkan."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.