Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja berkemahiran teknikal harus diiktiraf & diberi ganjaran sewajarnya, tekan Presiden Halimah

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob menyeru agar Singapura memperkukuhkan usaha sedia ada untuk lebih mengiktiraf pekerja yang memiliki bakat teknikal.

Dalam Amanat Hari Buruh beliau, Puan Halimah akur bahawa sedang mesin-mesin kini melakukan tugas rutin dan berulang-ulang, pekerja sedemikian perlu melakukan tugasan yang lebih rumit.

"Penting untuk pekerjaan sebegini dinilai dan diberi ganjaran sewajarnya, kerana dorongan banyak mana sekalipun tidak akan berubah selagi gaji kekal rendah, kurang prospek kerjaya, atau dianggap lebih rendah berbanding kerja dengan kelayakan akademik. Kita terus-menerus mempunyai tanggapan kuno tentang pekerjaan. Membeza-bezakan pekerjaan antara yang memerlukan kelayakan akademik dengan kemahiran teknikal, adalah sia-sia," kata Presiden Halimah.

Puan Halimah turut sentuh bahawa Singapura terus menikmati hubungan pengurusan tenaga kerja yang harmoni, walaupun timbul cabaran ekonomi akibat pandemik COVID-19 dan perang di Ukraine.

Namun kerukunan tersebut tidak terjadi begitu sahaja, kata beliau, dan perlu terus dipupuk oleh para pemimpin perikatan tiga pihak.

Kesatuan sekerja juga boleh membantu menjaga hubungan tersebut, dengan memberi suara kepada pekerja, baik di peringkat penggubalan dasar negara mahupun di tempat kerja.
 
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan