Pekerja bebas SG akan dapat perlindungan kerja lebih baik mulai 2024
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mulai hujung 2024, pekerja platform di bawah umur 30 tahun dikehendaki menyumbang kepada Akaun Biasa dan Khas Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka.
Sekiranya mereka cedera, platform kerja mereka pada waktu itu akan bertanggungjawab memberi pampasan berdasarkan jumlah pendapatan yang diperoleh daripada semua syarikat dalam sektor yang sama.
Ini bermakna jika pekerja penghantaran yang menggunakan GrabFood, Deliveroo dan foodpanda untuk tujuan yang sama mengalami kecederaan sewaktu membuat penghantaran menggunakan GrabFood, GrabFood akan membayar wang pampasan bagi jumlah pendapatan yang sepatutnya diperolehi jika dia boleh bekerja - sama dengan foodpanda dan Deliveroo.
Ini adalah antara cadangan utama oleh Jawatankuasa Penasihat bagi Pekerja Platform yang diterima pemerintah pada Rabu (23 Nov).
Kesemua 12 cadangan yang diterima akan dikuatkuasakan secara berperingkat mulai hujung tahun 2024, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada hari yang sama.
"Perubahan kepada undang-undang perlu dibuat," menurut MOM. "Pemerintah juga akan menggunakan fleksibiliti dan menyesuaikan garis masa pelaksanaan jika perlu, bergantung kepada keadaan ekonomi."
Berucap di sidang media pada Rabu, Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Koh Poh Koon berkata: "Cadangan-cadangan itu wajar dan meningkatkan perlindungan asas untuk pekerja dengan cara yang mampan."
Dr Koh, yang merupakan penasihat kepada jawatankuasa itu, menambah: "Pemerintah akan mengumumkan butiran pelaksanaan dan garis masa dalam beberapa bulan akan datang."
Jawatankuasa penasihat dibentuk pada September tahun lalu untuk mengkaji pengukuhan perlindungan bagi mereka yang bekerja untuk platform online - khususnya pekerja penghantaran, pemandu kereta sewa privet dan pemandu teksi.
Kini terdapat kira-kira 73,200 pekerja platform, sebilangan besar adalah pemandu kereta sewa privet.
Jawatankuasa itu - yang terdiri daripada pemimpin industri, pergerakan buruh, pemerintah dan ahli akademik - menumpukan kepada tiga bidang utama untuk pekerja platform.
Ia adalah mempertingkat kecukupan persaraan dan perumahan; memastikan perlindungan kewangan yang mencukupi sekiranya berlaku kecederaan sewaktu kerja; dan meningkatkan perwakilan terutamanya dalam kes pertikaian.
Mengenai CPF, pekerja platform pada masa ini hanya perlu menyumbang kepada Akaun MediSave CPF mereka untuk keperluan jagaan kesihatan.
Jawatankuasa penasihat itu mengesyorkan bahawa pekerja platform berumur di bawah 30 tahun pada tahun pertama pelaksanaan - dijangka paling awal 2024 - serta syarikat platform dikehendaki menyumbang lebih banyak kepada CPF.
Ini juga akan dikenakan kepada mereka yang berumur di bawah 30 tahun pada tahun pertama pelaksanaan, tetapi hanya menyertai kerja platform selepas mereka berumur 30 tahun.
Jawatankuasa itu turut mengesyorkan kenaikan berperingkat dalam caruman CPF dalam tempoh lima tahun, kecuali sekiranya berlaku gangguan ekonomi yang besar memerlukan garis masa yang lebih panjang.
Ia bagaimanapun tidak merujuk kepada nombor tertentu tetapi menyatakan ia melihat kepada purata 2.5 peratus dan 3.5 peratus kenaikan dalam kadar caruman CPF setiap tahun, masing-masing untuk pekerja dan syarikat platform. Kadar caruman CPF itu akan tertakluk kepada jumlah pendapatan pekerja, ditolak perbelanjaan.
Matlamat akhir adalah untuk menyelaraskan caruman CPF pekerja platform dan syarikat platform berbanding pekerja dan majikan.
Pada masa ini, pekerja berumur 55 tahun ke bawah menyumbang 20 peratus daripada gaji mereka manakala majikan menyumbang 17 peratus.
Jawatankuasa itu mencadangkan agar pemerintah mempertimbangkan untuk memberikan sokongan kepada pekerja platform yang akan melihat penurunan dalam gaji yang dibawa pulang. Ia juga mencadangkan agar syarikat platform mengutip bahagian caruman CPF pekerja mereka untuk memastikan caruman dibuat tepat pada masanya.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.