Pekerja Bangladesh terselamat setelah jatuh 10 meter di tapak kerja kondominium Orchard
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Safety Watch)
SINGAPURA: Seorang pekerja warga Bangladesh terjatuh dari ketinggian 10 meter di sebuah tapak kerja. Dia kini dilaporkan selamat daripada kemalangan tersebut dan berada dalam keadaan stabil.
Demikian menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Selasa (20 Dis).
Kemalangan di tempat kerja berkenaan berlaku pada Isnin (19 Dis) sekitar pukul 3.00 petang di 18 Tomlinson Road.
Ia merupakan alamat bagi Park Nova, iaitu sebuah kondominium mewah pegangan kekal, yang sedang dibina di persimpangan Tomlinson Road dan Orchard Boulevard.
Pekerja warga Bangladesh yang berusia 31 tahun itu, sedang menjalankan kerja-kerja perancah apabila dia terjatuh daripada ketinggian 10 meter sebelum terhempas di tingkat bawah. Dia mengalami kecederaan pada bahagian lengan kanan dan kedua-dua pehanya, serta luka pada kulit kepalanya.
Menurut MOM, pekerja tersebut dikejarkan ke Hospital Besar Singapura (SGH) dalam keadaan sedarkan diri dan kini berada dalam keadaan yang stabil.
Beliau bekerja di bawah naungan syarikat Seng Yew Scaffolding and Engineering. Manakala, syarikat yang sedang menggunakan tapak kerja tersebut adalah syarikat China Construction Realty Pte Ltd.
MOM menyatakan pihaknya sudah mengarahkan syarikat yang menggunakan tapak kerja berkenaan supaya menghentikan segala kegiatan-kegiatan perancah termasuk kerja-kerja dari tempat tinggi.
Bilangan kematian di tempat kerja di Singapura bagi tahun ini mencecah rekod tinggi, dengan sebilangan besarnya berlaku di sektor binaan.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.