Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja A*STAR dipenjara, didenda; tolak pegawai NParks apabila ditangkap pancing secara haram

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang pegawai penyelidikan di Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) memancing secara haram di Kolam Air Upper Seletar, di mana dia ditangkap oleh seorang penolong pegawai polis yang bertugas dengan Lembaga Taman Negara (NParks). 

Lelaki itu enggan memberikan maklumat peribadinya apabila diminta oleh pegawai tersebut. Sebaliknya, dia melarikan diri sehingga terjatuh ke dasar cerun di mana dia kemudian menolak pegawai berkenaan. 

Chua Ci Jie, 29 tahun, dikenakan hukuman penjara selama 24 hari dan didenda S$3,500 pada Rabu (23 Feb). Ini setelah tertuduh menuntut perbicaraan bagi dua tuduhan menggunakan kekerasan jenayah untuk menghalang seorang pegawai awam daripada melaksanakan tugasnya dan enggan memberikan bukti identiti dirinya. 

Chua mengaku bersalah atas satu lagi tuduhan enggan memberikan bukti identitinya dan satu tuduhan memancing di hutan simpanan di tempat yang tidak ditetapkan. 

Mahkamah diberitahu bahawa pada 30 November 2019, Chua memancing menggunakan joran di Kolam Air Upper Seletar. Memancing tidak dibenarkan di hutan-hutan simpanan, kecuali di tempat yang ditetapkan, dan Chua berada kira-kira 1 kilometer daripada tempat terdekat tersebut.

Seorang pegawai NParks ternampak Chua memancing dan menghampirinya untuk meminta butiran peribadinya. 

Insiden itu dirakamkan dalam kamera yang disarungkan pada badan pegawai berkenaan. Chua berkeras tidak mahu memberikan butriannya dan memberitahu pegawai itu dia akan bergerak dari sana. 

Apabila pegawai NParks menyuruh Chua untuk mengikutnya ke sebuah pondok berhampiran, Chua mula berjalan ke arah bertentangan. 

Dia cuba untuk meninggalkan tempat itu sekalipun setelah dia diberitahu bahawa pegawai itu berhak untuk menghalangnya, dengan berkata: "Saya minta maaf atas kesalahan itu, saya faham tetapi saya perlu pergi."

Dua pegawai NParks lain ternampak apa yang berlaku dan menghampiri kedua-dua individu itu. Apabila Chua terlihat mereka, dia berlari turun ke sebuah cerun berhampiran. 

Ketika berbuat demikian, pegawai NParks pertama menggenggam tali beg Chua dan kedua-dua lelaki itu jatuh tergolek di cerun tersebut. 

Semasa kes itu dibicarakan, Chua berhujah bahawa dia tidak mendengar mangsa memperkenalkan dirinya dan tidak yakin beliau merupakan seorang pegawai NParks. 

Menurut pihak pendakwa, Chua sebelum ini pernah ditangkap memancing secara haram di kolam air yang sama dan mahu mengelak daripada timbal balas undang-undang atas kesalahannya itu. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan