Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja 28 tahun maut semasa cantas pokok di Toa Payoh; jumlah kematian di tempat kerja kini 43

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang pekerja berusia 28 tahun yang terlibat dalam kerja-kerja mencantas pokok meninggal dunia pada Rabu (7 Dis) selepas batang pokok yang sedang diangkut terlepas dari ikatan dan mengena lelaki itu. 

Kemalangan itu menambah jumlah kematian di tempat kerja pada 2022 kepada 43 orang, iaitu lebih tinggi berbanding jumlah keseluruhan tahun lalu sebanyak 37 orang. 

Dalam satu kenyataan media pada Khamis (8 Dis), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan kejadian itu berlaku sekitar pukul 3.30 petang di Toa Payoh East Road, berdekatan 1003 Toa Payoh Industrial Park. 

Menurut MOM, lelaki tersebut, seorang warga Bangladesh, sedang mengangkut batang-batang pokok menggunakan  kren lori selepas kerja-kerja mencatas pokok. 

Salah satu batang pokok terlepas dari ikatan dan mengena lelaki itu, menyebabkannya terjatuh dan menghentak kepalanya di tepi jalan. 

Lelaki itu dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng di mana beliau "meninggal dunia akibat kecederaannya", menurut MOM. 

Dalam kenyataannya, MOM menyatakan ia sedang menyiasat insiden tersebut dan sudahpun mengarahkan majikan lelaki tersebut - Penta Landscape - untuk menghentikan semua kerja mencantas dan mengangkut pokok.

Tambah MOM: "Sebagai langkah keselamatan am, semua muatan harus diikat dengan betul  sebelum melakukan sebarang operasi mengangkat menggunakan kren." 

Bulan lalu, dua kemalangan di tempat kerja berlaku, termasuk satu yang berlaku pada 26 November melibatkan seorang pekerja 69 tahun yang terjatuh semasa membersihkan tingkap. 

Satu lagi kematian berlaku pada 25 November melibatkan seorang warga India berusia 41 tahun yang terjatuh ke dalam laut.

Sumber : Today/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan