Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekebun SG tidak tambah penghasilan meski terdapat gangguan bekalan dek banjir di M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
Pekebun SG tidak tambah penghasilan meski terdapat gangguan bekalan dek banjir di M'sia

(Gambar fail: Tobias Schwarz/AFP)

SINGAPURA: Para pemilik kebun di Singapura berkata mereka tidak akan meningkatkan penghasilan sayur-sayuran tempatan meski ada gangguan bekalan akibat banjir di Malaysia.

Ini kerana proses menanam sayuran itu memerlukan masa yang lama serta permintaan bagi sayuran tempatan tidak memadai untuk menambah bekalan.

Digunakan dalam pelbagai hidangan makanan harian, sayur-sayuran amat penting bagi setiap rakyat Singapura.

Namun, bencana banjir yang melanda Malaysia yang menjejas kebun-kebun di sana mencetus keprihatinan tentang bekalan sayuran negara.

Para penjual sayur berkongsi bahawa bekalan dari Malaysia menjunam sekitar sepertiga dan harga pula naik sekitar 30 peratus.

Para pekebun tempatan bagaimanapun berkata, mereka tidak berniat untuk  meningkatkan hasil.

Ini disebabkan mereka perlukan masa  untuk mengisi jurang bekalan, sedangkan Singapura mempunyai sumber sayuran yang pelbagai seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Namun pada jangka masa panjang, gangguan bekalanan berkaitan cuaca diramalkan bakal menjadi satu masalah kerap.

Seorang pakar berkata pekebun tempatan perlu bantu mengharungi gangguan bekalan sedemikian engan meningkatkan penghasilan domestik.

Buat masa ini, kadar penghasilan setempat adalah kurang 10 peratus. 

"Perubahan iklim akan membuat situasi sebegini lebih kerap pada masa depan. Jadi kita perlu lebih bersedia dengan meningkatkan kapasiti penghasilan tempatan supaya kita dapat menangani isu gangguan dengan lebih baik pada masa depan," Pengarah Program Sains Makanan & Teknologi Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Profesor William Chen. 

Satu cabaran besar adalah menjana lebih banyak permintaan bagi hasil sayuran tempatan.

Meski pemerintah sudah menggesa rakyat Singapura membeli produk tempatan, Profesor Chen menekankan permintaan untuk sayuran tempatan perlu menjadi satu amalan biasa dan bukan dilakukan hanya semasa timbul kecemasan.

Sumber : CNA/RU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan