Pek sarapan percuma bagi murid Darjah 6 dari Cheers, FairPrice hingga 4 Sep
Lebih 12,000 pek sarapan akan disediakan khusus bagi murid-murid Darjah 6 hingga Khamis (4 Sep).
(Gambar: Yayasan FairPrice)
This audio is generated by an AI tool.
Ia adalah tahun kedua Yayasan FairPrice menyokong murid-murid sedang mereka membuat persiapan bagi menduduki peperiksaan PSLE.
Pek-pek sarapan itu boleh diambil daripada lebih 110 cawangan Cheers dan FairPrice Xpress.
Setiap murid boleh mengambil satu pek sarapan setiap seorang, yang berisi buah-buahan segar, aiskrim dan juga baucar sarapan.
Lebih 1,000 pek juga diagihkan kepada murid-murid yang dibantu oleh beberapa kumpulan masyarakat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.