Skip to main content

Singapura

Pejalan kaki warga emas maut dalam nahas di Choa Chu Kang; pemandu bas mini diberkas

Seorang pejalan kaki berusia 84 tahun maut dalam satu kemalangan di Choa Chu Kang pada Isnin pagi (26 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Pejalan kaki warga emas maut dalam nahas di Choa Chu Kang; pemandu bas mini diberkas

Sebuah khemah polis berwarna biru kelihatan dalam petikan video yang merakam situasi menyusuli kemalangan di Choa Chu Kang pada 26 Mei 2025, yang meragut nyawa seorang pejalan kaki berusia 84 tahun. (Gambar: Facebook/SG Road Vigilante)

SINGAPURA: Seorang pejalan kaki berusia 84 tahun maut dalam satu kemalangan di Choa Chu Kang pada Isnin pagi (26 Mei).

Menjawab pertanyaan Mediacorp, polis menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai nahas yang melibatkan sebuah bas mini dan seorang pejalan kaki sekitar pukul 6.15 pagi, di persimpangan Choa Chu Kang Avenue 1 dan Choa Chu Kang Central.

Pejalan kaki itu, seorang lelaki berusia 84 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu bas mini, seorang lelaki berusia 53 tahun, diberkas kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian,” kata polis, sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.

Dalam satu rakaman video yang dimuat naik ke Facebook memaparkan situasi selepas kejadian, sebuah khemah polis berwarna biru dilihat di belakang bas mini yang berada di tengah jalan empat lorong. Beberapa kenderaan polis turut berada di lokasi kejadian.

Pada Mac lalu, seorang pemandu bas mini turut diberkas kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian, selepas seorang pejalan kaki berusia 76 tahun maut dalam nahas di Holland Village.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita