Pejalan kaki dilanggar, terperangkap bawah bas dekat Chinatown
Seorang lelaki berusia 45 tahun dikejarkan ke hospital pada Khamis (14 Feb) selepas dilanggar bas di lintasan pejalan kaki di Chinatown.
Petikan video online menunjukkan kemalangan dekat Chinatown (Gambar: Facebook/Beh Chia Lor - Singapore Road)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 45 tahun dikejarkan ke hospital pada Khamis (14 Feb) selepas dilanggar bas di lintasan pejalan kaki di Chinatown.
Menurut polis, pihaknya dimaklumkan tentang kemalangan tersebut yang berlaku di persimpangan Cross Street dan South Bridge Road, pada sekitar 2.00 petang.
Lelaki berkenaan dalam keadaan sedar semasa dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH).
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya memberi respons kepada kemalangan itu pada sekitar 2.10 petang dan membawa lelaki itu ke hospital.
Video yang tersebar online menunjukkan sebuah bas privet melanggar seorang pejalan kaki sedang kenderaan itu membelok kiri.
Lelaki tersebut kelihatan tidak menyedari bahawa ada bas yang menghampirinya.
Bas tersebut menggilis bahagian bawah badan lelaki tersebut, yang terperangkap di bawah bas itu.
Siasatan polis sedang dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.