Pejalan kaki 83 tahun maut akibat nahas Jurong East
Seorang pejalan kaki berusia 83 tahun meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami dalam nahas jalan raya pada Selasa (5 Mac).

Nahas jalan raya di Jurong East melibatkan 3 kereta dan sebuah motosikal.
SINGAPURA: Seorang pejalan kaki berusia 83 tahun meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami dalam nahas jalan raya pada Selasa (5 Mac).
Kemalangan itu membabitkan tiga kereta dan sebuah motosikal. Ia berlaku di Jurong East Street 31, di hadapan Blok 352.
Menurut polis, pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada sekitar 7.00 malam.
Wanita berkenaan dihantar ke Hospital Besar Ng Teng Fong dalam keadaan tidak sedar, menurut polis lagi. Mangsa kemudian meninggal dunia akibat kecederaannya.
Dua pemandu dan seorang penunggang motosikal, yang berusia antara 34 dengan 72 tahun, pula dihantar ke hospital dalam keadaan sedar.
Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), tiga orang dihantar ke Hospital Besar Ng Teng Fong manakala seorang lagi dihantar ke Hospital Universiti Nasional.
Siasatan polis sedang dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.