Pejalan kaki, 48 tahun, terbunuh dalam kemalangan jalan raya dekat Kolam Air Pandan
Pihak polis menangkap seorang lelaki berusia 68 tahun menyusuli satu kemalangan jalan raya yang membawa maut di Penjuru Road dekat Kolam Air Pandan pada Rabu (31 Mac) petang.
(Gambar: iStock)
SINGAPURA: Pihak polis menangkap seorang lelaki berusia 68 tahun menyusuli satu kemalangan jalan raya yang membawa maut di Penjuru Road dekat Kolam Air Pandan pada Rabu (31 Mac) petang.
Kemalangan itu melibatkan sebuah treler dan seorang pejalan kaki di jalan raya menghala ke Jalan Ahmad Ibrahim di Jurong. Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang kejadian itu pada sekitar 4.10 petang.
Seorang pejalan kaki wanita 48 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota paramedik dan seorang pemandu lelaki 68 tahun ditangkap kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian.
Siasatan polis sedang dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.