Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pejalan kaki, 33 tahun, dibawa ke hospital selepas dilanggar lori di Tuas

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA; Seorang lelaki berusia 33 tahun dibawa ke hospital selepas dilanggar sebuah lori treler di Tuas South Avenue 3 pada Rabu (24 Mei).

Menjawab pertanyaan TODAY, polis berkata pihaknya dimaklumkan tentang kemalangan pada 12.06 tengah hari melibatkan sebuah treler dan pejalan kaki di laluan menuju Tuas West Road.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia membawa "seorang lelaki ke Hospital Universiti Nasional".

Pemandu treler itu, lelaki berusia 41 tahun, sedang membantu siasatan, kata polis.

Rakaman dalam kenderaan yang disiarkan di halaman Facebook Roads.sg menunjukkan seorang lelaki berlari dari lorong paling kanan jalan raya ke arah sebuah bas awam.

Lelaki itu kemudian dilanggar sebuah treler berwarna oren dan biru yang dipandu di lorong sebelah.

Serpihan akibat kesan pelanggaran itu kelihatan bertaburan di atas jalan raya.

Rakaman itu juga dikongsi di media sosial dan platform lain.


 
Sumber : Today/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan