Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pejabat Perkhidmatan Perbandaran pelawa saranan tangani isu asap rokok dari rumah jiran

Bagi menangani isu pendedahan kepada asap rokok dari rumah-rumah jiran, Pejabat Perkhidmatan Perbandaran (MSO) pada Jumaat (10 Sep) mempelawa syarikat-syarikat untuk memberi saranan bagi menghasilkan   huraian terhadap isu tersebut. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pejabat Perkhidmatan Perbandaran pelawa saranan tangani isu asap rokok dari rumah jiran

Gambar hiasan. (Gambar: Aly Song/Reuters)

Diterbitkan : 10 Sep 2021 10:08PM Dikemas Kini : 10 Sep 2021 10:12PM

SINGAPURA: Bagi menangani isu pendedahan kepada asap rokok dari rumah-rumah jiran, Pejabat Perkhidmatan Perbandaran (MSO) pada Jumaat (10 Sep) mempelawa syarikat-syarikat untuk memberi saranan bagi menghasilkan huraian terhadap isu tersebut.

Huraian itu seharusnya boleh menghilangkan asap rokok di sumbernya atau mencegah asap rokok daripada memasuki rumah-rumah jiran.

Ia juga termasuk huraian bagi alat pengesan asap bagi membantu penduduk meleraikan pertikaian.

MSO menyatakan alat-alat pengesanan itu seharusnya boleh mengenal pasti sumber asap rokok, merakam punca, masa dan tempoh setiap insiden merokok berlaku serta jenis dan ketebalan asap yang memasuki rumah pengadu.

Ini akan membantu menangani cabaran yang dihadapi pengadu dalam menangani pertikaian mereka bersama jiran yang merokok, melalui dialog atau proses perantaraan tambah agensi tersebut.

Menteri Negara Kanan Kementerian Pembangunan Negara Sim Ann berkata pendedahan kepada asap rokok dari rumah jiran adalah "masalah rumit yang kian lama berlaku" dan diketengahkan sedang lebih ramai orang meluangkan masa di rumah sewaktu pandemik COVID-19.

Meskipun menghisap rokok di kawasan-kawasan seperti koridor HDB, kolong blok dan ruang tangga dilarang, pemerintah tidak dijangka akan melarang atau menghalang seseorang daripada merokok dalam rumahnya, kata beliau.

"Ini kerana sebarang sekatan sedemikian amat mengganggu. Ia akan melibatkan penggunaan kuasa menyiasat dan penguatkuasaan dalam ruang peribadi semua isi rumah, perokok mahupun mereka yang tidak merokok," tambah Cik Sim Ann.

Syarikat-syarikat yang saranan mereka diterima akan mendapat sokongan termasuk dari segi tunjuk ajar teknikal oleh jurutera dan juru bina HDB, akses kepada kemudahan menjalankan percubaan di Pusat Kajian Bangunan HDB, peluang melakukan percubaan di estet-estet HDB serta pendanaan daripada Enterprise Singapore.  

Sumber : CNA/SM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan