Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pejabat Peguam Bela Awam bakal ditubuhkan hujung 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Apr 2022 09:21PM Dikemas Kini : 04 Apr 2022 09:36PM

SINGAPURA: Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal dalam Negeri K Shanmugam mengumumkan di Parlimen pada Isnin (4 April) bahawa Singapura bakal menubuhkan Pejabat Peguam Bela Awam (PDO), yang sepenuhnya dibiayai pemerintah, menjelang hujung tahun ini.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha bagi memastikan mereka yang tertuduh mendapat akses lebih baik untuk keadilan.

Menurut Encik Shanmugam, Pejabat PDO akan diletakkan di bawah Kementerian Undang-Undang dan seorang Ketua Peguam Bela Awam.

Semua kakitangannya adalah peguam sepenuh masa yang akan menangani kes-kes di jabatan tersebut.

Namun pada masa hadapan apabila PDO dipertingkat, sebilangan kes akan diserahkan kepada peguam luar yang layak.

Selain itu, Singapura juga bercadang untuk meluaskan kriteria kelayakan bagi mendapatkan bantuan guaman jenayah.

Pada masa ini, had pendapatan bagi bantuan CLAS meliputi 25 persentil isi rumah.

Ia akan naik kepada 35 persentil isi rumah dengan had pendapatan per kapita isi rumah dinaikkan daripada S$950 kepada S$1,500.

Hampir kesemua kesalahan layak untuk terima bantuan guaman kecuali kesalahan seperti saman trafik.

Sumber : CNA/IQ/kf

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa