Pejabat Mufti SG ringkaskan khutbah Jumaat susuli cuaca panas & jerebu
Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) akan perketat langkah keselamatan di masjid, termasuk rondaan dan pemantauan CCTV, susuli kes kesalahan seksual serius libatkan mangsa belia di premis masjid. (Gambar fail: BERITA Mediacorp)
- Pejabat Mufti MUIS mengumumkan penyesuaian khutbah Jumaat di semua masjid Singapura akibat cuaca panas dan jerebu.
- Bermula 21 Ogos, khutbah akan diringkaskan kepada kurang empat muka surat sepanjang tempoh cuaca mencabar ini.
- Langkah ini bertujuan menjaga keselesaan dan kesejahteraan para jemaah ketika beribadah di masjid.
- Jemaah boleh mendapatkan teks penuh khutbah di laman rasmi MUIS, dan Pejabat Mufti turut mendoakan kesihatan umat Islam Singapura.
Menurut catatan yang dimuat naik di akaun Instagram rasminya, Pejabat Mufti memaklumkan bahawa khutbah Jumaat akan diringkaskan bermula minggu ini, Jumaat (21 Ogos), sepanjang tempoh cuaca mencabar ini berlangsung.
Lazimnya khutbah pertama panjangnya sekitar enam hingga tujuh muka surat. Dengan perubahan ini, panjangnya kurang daripada empat muka surat.
"Semoga langkah ini dapat memudahkan para jemaah untuk berhimpun, beribadah dan kekal selesa dalam keadaan cuaca yang mencabar ini," jelas Pejabat Mufti dalam catatan tersebut.
Pejabat Mufti turut mendoakan agar seluruh umat Islam di Singapura sentiasa dilindungi serta dikurniakan kesihatan yang baik dalam menghadapi keadaan cuaca semasa.
Jemaah yang ingin membaca atau mendapatkan teks penuh koleksi khutbah Jumaat boleh melayari laman rasmi di go.gov.sg/khutbahmuis.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.