Pejabat Mufti lantik Ustaz Dr Izal Mustafa Kamar sebagai Timbalan Mufti ke-3
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Facebook/MUIS
SINGAPURA: Pejabat Mufti Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) telah melantik Ustaz Dr Izal Mustafa Kamar sebagai Timbalan Mufti yang ketiga.
Beliau mulai bertugas sebagai Timbalan Mufti sejak 1 Mei lalu dan melaksanakan peranan barunya bersama Ustaz Dr Mohd Murat dan Ustaz Dr Mohammad Hannan.
MUIS mengumumkan demikian menerusi catatannya di laman Facebook hari ini (17 Mei).
Ustaz Dr Izal, 43 tahun, adalah bekas penuntut Universiti Al-Azhar dalam Undang-Undang dan Perundangan Islam dan memiliki sarjana dalam Fiqh dan usul Fiqh, daripada Kolej Universiti Da'wah, di Beirut.
Beliau juga meraih Doktor Falsafah dalam Pembelajaran Islam dari Pusat Raja Zarith Sofiah bagi Pembelajaran Lanjutan tentang Islam, Sains dan Tamadun dari Universiti Teknologi (UTM), Malaysia.
Ustaz Dr Izal Mustafa Kamar menyertai MUIS pada 2009 sebagai Eksekutif Kanan di Pejabat Mufti.
Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Pejabat Mufti, dan sebagai Timbalan Pengarah (Pejabat Mufti ā Dasar Agama) selepas itu.
Dalam pengalamannya selama lebih sedekad, Ustaz Dr Izal telah memainkan peranan penting dalam menguruskan penyelidikan fatwa, sedang Pejabat Mufti terus membincangkan pelbagai isu dengan secara meluas dan menjangkakan lebih banyak lagi isu kritikal yang memerlukan bimbingan pakarnya.
Beliau terlibat dalam pembangunan fatwa mengenai isu-isu utama seperti pemilikan bersama, CPF dan Penamaan Insurans, serta kedudukan agama mengenai Skim Dana Amanah Keperluan Khas, dan terlibat dalam perkara-perkara berkaitan falak (astronomi).
Ustaz Dr Izal adalah ahli Panel Pendidikan Profesional Berterusan Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS-CPE) yang menetapkan hala tuju untuk program latihan dan peningkatan, serta mempromosikan
pembelajaran sepanjang hayat golongan asatizah.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai setiausaha bagi Jawatankuasa Al-Quran Kebangsaan.
"Dengan suntikan baru dalam kepimpinan keagamaan ini, Pejabat Mufti memperkukuhkan usahanya untuk mendampingi masyarakat secara meluas dan pelbagai pihak berkepentingan dalam membentuk bimbingan dan inisiatif yang relevan serta berkesan," menurut catatan MUIS itu.
Pada awal tahun ini, MUIS mengadakan pelantikan Jawatankuasa Fatwa yang baru, dengan para asatizah yang pakar dalam pelbagai bidang.
Ustaz Dr Izal dalam kalangan anggota baru itu, dan berkhidmat sebagai Ahli Bersekutu Jawatankuasa Fatwa.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.