Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pejabat Mufti lancar panduan, bimbingan online jawab kemusykilan agama berkaitan Ramadan

Pejabat Mufti melancarkan panduan khas sempena Ramadan bagi menjawab kemusykilan agama berhubung ibadah puasa dan banyak lagi, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam catatannya di Facebook hari ini (5 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Pejabat Mufti lancar panduan, bimbingan online jawab kemusykilan agama berkaitan Ramadan

Petikan skrin panduan khas Ramadan oleh Pejabat Mufti.

SINGAPURA: Pejabat Mufti melancarkan panduan khas sempena Ramadan bagi menjawab kemusykilan agama berhubung ibadah puasa dan banyak lagi, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam catatannya di Facebook hari ini (5 Apr).

Panduan online itu juga merangkumi soalan-soalan yang sering ditanyakan mengenai Ramadan serta pertanyaan berhubung COVID-19, seperti sama ada orang yang berpuasa boleh divaksin.

Ia juga bertindak sebagai panduan berguna bagi mereka yang terpaksa menjalani kuarantin semasa melakukan ibadah puasa, menurut MUIS.

Buku elektronik yang komprehensif ini turut memiliki 51 muka surat dan enam bab.

Bab-bab panduan tersebut terdiri daripada Puasa, Puasa dan COVID-19, Tarawih dan Witir, Zakat dan Fidyah, Wanita dan Ramadan serta Doa dan Zikir.

Panduan penuh solat tarawih turut disertakan dalam panduan online itu.

Panduan khas sempena Ramadan itu boleh dimuat turun dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan