Pejabat Mufti dalam proses hasilkan fatwa berkenaan Saringan Pembawa bagi Penyakit Genetik Teruk
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pejabat Mufti kini dalam proses untuk mengeluarkan fatwa baharu berkenaan Saringan Pembawa bagi Penyakit Genetik Teruk.
Ini didedahkan dalam Simposium Makmal Fatwa anjuran Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) siang tadi (23 Jun).
Pejabat Mufti akan mengumumkan perincian tentang fatwa baharu itu dalam masa terdekat.
"Setelah fatwa ini selesai diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa, proses yang seterusnya adalah untuk melalui beberapa fasa. Boleh kita katakan pendidikan awam. Kita mula dengan asatizah dulu. Kita nak pastikan para asatizah kita mengetahui tentang keputusan fatwa ini dan sekiranya mereka ingin penjelasan daripada pejabat Mufti, Insya-Allah," jelas Timbalan Mufti, Dr Izal Mustafa Kamar.

"Di situ kita sediakan platform tertentu untuk para asatizah berbincang dengan Pejabat Mufti berkaitan dengan keputusan fatwa yang telah dikeluarkan. Setelah selesai fasa itu, barulah insya-Allah kita akan memastikan bahawa kita akan boleh kita katakan kita mengeluarkan keputusan fatwa ini kepada anggota masyarakat yang lain," tambahnya.
Dr Izal juga menjelaskan lebih terperinci mengenai penyepaduan prinsip-prinsip etika Islam dengan teknologi reproduktif moden dalam pembentangannya di Simposium Makmal Fatwa tadi.
Beliau turut menyertai sesi perbincangan dan forum bersama lagi dua pakar iaitu Pakar Perunding Kanan dalam Perkhidmatan Genetik di Hospital Kanak-kanak dan Wanita KK, Dr Saumya Shekhar Jamuar dan Pengarah Pusat KKIVF dan Bank Sperma Kebangsaan Singapura, Dr Liu Shuling.
Saringan 'Carrier Screening for Severe Genetic Diseases' itu antara lain membolehkan pasangan mengenal pasti jika mereka pembawa mutasi gen yang boleh menyebabkan penyakit genetik yang teruk dalam anak atau keturunan mereka.
Antara kegunaannya adalah untuk membantu pasangan atau ibu bapa dalam pertimbangan mereka untuk mempunyai zuriat atau perancangan keluarga.

KECERDASAN BUATAN (AI) DIGUNAKAN UNTUK KAJIAN FATWA
Di simposium itu juga, Pejabat Mufti berkongsi antara perkembangan inovatif dalam metodologi penghasilan fatwa melalui Makmal Fatwa.
Ia turut memaparkan sumbangan daripada para penyelidik agama muda yang baru muncul serta menunjukkan aplikasi praktikal kecerdasan buatan (AI) dalam penyelidikan agama.
Ini sekaligus menonjolkan usaha berterusan Pejabat Mufti untuk mengoptimumkan penyelidikan fatwa melalui AI.
Mufti Negara, Dr Nazirudin Mohd Nasir menjelaskan, "AI wujud untuk membantu memperkuatkan lagi maklumat yang diterima atau membantu kita memahami sesuatu perkara yang ingin di dipelajari. Sebagai contohnya. Ini bermakna dalam kecerdasan buatan atau AI ini, ada potensi yang besar untuk membantu. Pada masa yang sama bukan semuanya tentang ini adalah tepat dan boleh diterima secara bulat-bulat. Kerana itu, dalam menguruskan pengeluaran fatwa di Singapura, kami rasakan bahawa AI ini ada potensi untuk membantu dalam kajian bukan untuk mengganti mufti atau jawatankuasa fatwa tetapi untuk membantu dalam kajian dalam erti kata, mempercepatkan lagi proses kajian kerana isu-isu yang kita hadapi hari ini adalah isu isu yang amat rumit, pelbagai dimensi menjejas."
"Sebagai contoh, keadaan seseorang individu, keadaan keluarga, keadaan masyarakat ada aspek sosiologinya, ada aspek kesihatannya, ada aspek teknologi dan sebagainya. Jadi AI ini membantu dalam mengumpulkan dimensi dimensi sedemikian dalam kajian yang membantu Jawatankuasa Fatwa untuk menilai sesuatu isu dan masalah baru dengan lebih menyeluruh lagi agar sesuatu keputusan itu tidak terlepas dimensi yang penting," tambah Dr Nazirudin.

Turut hadir di simposium itu ialah Mufti Besar Mesir, Dr Nazir Ayyad.
Dalam ucapannya kepada 300 hadirin, Dr Nazir menarik perhatian kepada cabaran-cabaran yang muncul dan dialami institusi fatwa dan betapa realiti baharu itu memerlukan wadah-wadah dan metodologi yang diperbaharui untuk memastikan fatwa-fatwa kekal relevan, berprinsip dan penuh belas ihsan.
Simposium Makmal Fatwa yang dianjurkan itu merupakan kesinambungan daripada kejayaan Persidangan Fatwa 2024.
Ia juga menunjukkan komitmen MUIS untuk menangani keperluan masyarakat Islam yang sentiasa berubah pada zaman kontemporari.
Simposium itu berlangsung selama kira-kira tiga jam di Fairmont Singapura.

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.