Pejabat Ehwal Jemaah Singapura MUIS terima Anugerah Emas Labbaitum, kali kedua sejak 2023
Pejabat Ehwal Jemaah Singapura (SPAO) menerima pengiktirafan antarabangsa apabila memenangi Anugerah Emas Labbaitum pada tahun ini.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pejabat Ehwal Jemaah Singapura (SPAO) menerima pengiktirafan antarabangsa apabila memenangi Anugerah Emas Labbaitum pada tahun ini. Ia merupakan kali kedua SPAO menerima pengiktirafan tersebut sejak 2023.
Dalam catatannya di Facebook, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menekankan kehadiran bermakna Singapura di Persidangan dan Pameran Haji yang diadakan di Jeddah pada Isnin (10 Nov).
Dalam catatannya di Facebook, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menekankan kehadiran bermakna Singapura di Persidangan dan Pameran Haji yang diadakan di Jeddah pada Isnin (10 Nov).
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Muhammad Faishal Ibrahim, serta Timbalan Ketua Eksekutif MUIS Azree Rahim turut melawat ruang pameran khas SPAO di acara tersebut, di mana MUIS berkongsi tentang perkhidmatan dan inisiatif Singapura dengan para delegasi dari serata dunia.
Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (AMTAS) juga hadir di persidangan tersebut.
“Kami bersyukur atas Anugerah Labbaitum kedua ini selepas yang pertama pada 2023.
"MUIS akan terus bekerjasama rapat dengan rakan-rakan sejawatan kami di Arab Saudi bagi menyokong setiap jemaah dengan penuh keprihatinan dan keikhlasan,” menurut MUIS dalam kenyataannya itu.

Sumber : Sumber Web/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.