Pejabat Ehwal Jemaah SG terima Anugerah Emas Labbaitum Kementerian Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saudi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pejabat Ehwal Jemaah Haji Singapura (SPAO) menerima satu lagi pengiktirafan antarabangsa apabila dianugerahkan Anugerah Emas Labbaitum oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi (MOHU).
Anugerah berprestij itu mengiktiraf kecemerlangan SPAO dalam menyediakan pengalaman haji yang lancar, selamat dan bermakna bagi jemaah Haji Singapura.
Pencapaian itu dikongsi Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menerusi satu kenyataan media pada Isnin (9 Jun).
Pengiktirafan itu menyusuli kejayaan SPAO meraih Anugerah Labbaitum bagi Perkhidmatan Digital pada 2023, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Singapura sebagai antara perintis dalam memperkenalkan inovasi serta sistem pengurusan haji yang moden dan berkesan di peringkat antarabangsa.
“Anugerah ini adalah bukti kerjasama kukuh antara SPAO, Konsulat Singapura di Jeddah serta Pejabat Kerjasama Antarabangsa MOHU. Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada AMTAS dan agensi pelancongan haji atas kerjasama mereka yang sentiasa tepat pada masanya,” kata Ketua SPAO, Haji Mohamed Faizal Abdul Hathi.
Beliau turut menegaskan komitmen SPAO untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan, khususnya dalam menyeimbangkan keperluan tradisional dengan tuntutan semasa.
“Model kita menunjukkan bahawa teknologi canggih boleh bergerak seiring dengan nilai dan semangat ibadah haji. Pendekatan ini bukan sahaja memudahkan perjalanan jemaah, tetapi juga menambah makna rohaniah mereka, tanpa menjejaskan pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan,” ujar beliau.
DR FAISHAL SAMPAIKAN UCAP TAHNIAH
Pemangku Menteri yang Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Muhammad Faishal Ibrahim turut menyampaikan tahniah beliau atas pencapaian besar SPAO itu melalui catatannya di Facebook hari ini (9 Jun).
"Tahniah kepada SPAO yang dinobatkan Anugerah Emas MOHU! Pengiktirafan ini cerminan komitmen SPAO untuk menyampaikan perkhidmatan yang cekap dan penyelesaian digital yang inovatif untuk jemaah Haji kita," ujar beliau.
Beliau turut menekankan peranan aplikasi PilgrimSG dalam mempertingkat pengalaman jemaah melalui kemudahan digital seperti tempahan perubatan, kemas kini masa nyata dan butang kecemasan.
Katanya, anugerah itu juga mengiktiraf tahap pematuhan tinggi SPAO terhadap garis panduan MOHU serta penglibatan aktif jemaah dalam program kesihatan pra-Haji seperti 'Get Fit for Haj'.
"Segala pencapaian ini tidak mungkin tercapai tanpa dedikasi dan kerja keras para pegawai SPAO, sokongan tulus Konsulat-Jeneral Singapura di Jeddah, ejen-ejen Haji yang dilantik (GSA), serta kerjasama erat pihak berkuasa MOHU," katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para jemaah Haji Singapura yang menurutnya telah menunjukkan disiplin dan semangat tinggi sepanjang menunaikan ibadah Haji.
"Sepanjang perjalanan yang mencabar dan penuh barakah ini, anda telah mengibarkan bendera Singapura dengan penuh kebanggaan dan kesatuan – satu bukti kegigihan dan daya tahan Masyarakat Gemilang kita!"ujar Dr Faishal.

GABUNGAN INOVASI DIGITAL DAN TUMPUAN PADA KEBAJIKAN JEMAAH
Menurut MOHU, pencapaian SPAO dinilai berdasarkan pelbagai aspek, termasuk pematuhan terhadap peraturan haji, tahap kepuasan jemaah, keberkesanan program kesedaran, serta pelaksanaan inisiatif khas.
Secara keseluruhan, prestasi SPAO dipuji atas keupayaannya menggabungkan kecanggihan teknologi dengan pendekatan holistik yang menitikberatkan kebajikan jemaah dan kecekapan operasi di tanah suci.
Antara inisiatif utama yang diiktiraf adalah penggunaan platform PilgrimSG, yang mempertingkat koordinasi dan membolehkan bantuan masa nyata diberikan kepada jemaah sepanjang perjalanan haji mereka.
Di samping itu, program persediaan fizikal dan mental seperti "Get Fit for Haj" turut membantu memastikan para jemaah bersedia sepenuhnya dari segi kesihatan dan pengetahuan.
Penekanan juga diberikan kepada penjagaan peribadi jemaah, di mana setiap jemaah menerima bimbingan serta sokongan khusus sepanjang tempoh ibadah mereka.
SPAO RAIH MARKAH TINGGI DALAM ASPEK KECEKAPAN DAN KEPUASAN JEMAAH
Pencapaian cemerlang SPAO terserlah menerusi penilaian prestasi perkhidmatan yang memberangsangkan.
Ini termasuk pencapaian 60 peratus dalam aspek kecekapan pejabat dan pematuhan terhadap arahan yang ditetapkan oleh MOHU.
Sebanyak 10 peratus pula disumbangkan tahap kepuasan jemaah terhadap perkhidmatan yang disediakan,, manakala program kesedaran menyumbang 20 peratus daripada penilaian keseluruhan.
Baki 10 peratus pula diperoleh hasil pelaksanaan inisiatif khas dan projek-projek berkualiti yang dilaksanakan sepanjang musim haji.
MUIS menyatakan Anugerah Emas Labbaitum itu meletakkan SPAO, dan secara tidak langsung Singapura, sebagai contoh di peringkat global dalam mengimbangi tradisi dan inovasi dalam perkhidmatan Haji.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.