"Peguam S$1" ini berusaha sedaya upaya bela anak guam meski kadangkala dikecam masyarakat
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Gavin Sim/CNA)
SINGAPURA: Pro Bono SG menyediakan khidmat guaman percuma untuk golongan kurang berkemampuan.
Para peguam yang menyertai badan amal tersebut boleh memohon sama ada melalui undang-undang masyarakat atau kes jenayah.
Anak guam mereka kebanyakannya para individu yang tidak mampu atau tidak tahu cara untuk mendapatkan bantuan undang-undang dengan cara lain. Kadangkala mereka hampir putus harapan.
Danial (bukan nama sebenar), misalnya, telah ditahan reman selama hampir tiga tahun sementara menunggu kesnya dibicarakan di mahkamah.
Tuduhan-tuduhan terhadapnya termasuk tiga tuduhan serangan seksual, dan dia tidak mampu mendapatkan khidmat peguam.
Beberapa rakan di penjara memberitahunya tentang Pro Bono SG. “Mereka setakat berkata khidmat ‘peguam S$1,’” dedah Danial, yang menganggapnya seolah-olah “begitu sukar untuk percaya” ketika itu.
Beberapa orang lain di penjara pula berkata peguam pro bono hanya akan menawarkan "khidmat separuh jalan sahaja".
Sungguhpun demikian, Danial tetap membuat permohonan untuk mendapatkan khidmat Pro Bono SG dan apabila Sadhana Rai dan Pramnath, timbalan ketua perwakilan badan amal tersebut, mengambil alih kesnya pada tahun lalu, mereka memberi jaminan bahawa mereka akan melakukan yang terbaik.
"Mereka tidak bercakap berbelit-belit," katanya. "Mereka secara berterus-terang memberitahu saya satu perkara: Jika saya jujur, maka harapkan yang terbaik."
Danial "sangat takut" apabila dia mula-mula melangkah ke mahkamah. Tetapi apabila dia menyaksikan usaha peguamnya, dia yakin bahawa mereka telah berusaha sedaya upaya.
Istilah "Peguam $1", menurut Cik Rai, berasal daripada yuran pendaftaran Biro Bantuan Guaman, yang dahulunya S$1 sebelum ia dimansuhkan. Menurut Cik Rai, "Peguam $2" adalah istilah yang lebih tepat sekarang, disebabkan oleh inflasi, seloroh peguam berusia 37 tahun yang telah melepaskan kerjayanya dalam syarikat guaman swasta untuk melakukan tugas sebagai peguam bela penjenayah di badan amal berdaftar Pro Bono SG.
Tetapi salah tanggap bahawa peguam pro bono tidak akan bekerja keras seperti peguam bergaji adalah sesuatu yang beliau berpendapat harus dihakis.
BERDEPAN DENGAN KEMARAHAN ORANG RAMAI
Ada juga kes-kes yang mengundang kritikan dan kemarahan orang awam terhadap peguam.
Salah satu contoh yang dikemukakan oleh Cik Rai ialah kes Umaisyah, kanak-kanak yang berusia dua tahun ketika dia meninggal dunia pada 2014.
Jasad Umaisyah yang dibakar ditemui dalam periuk besi hanya lima tahun kemudian.

Tahun lalu, bapa kanak-kanak itu didakwa dengan kesalahan membunuh, dan ibunya pula dengan tuduhan mendera kanak-kanak tersebut.
Apabila ibunya memohon kepada Pro Bono SG untuk mendapatkan khidmat guaman, Cik Rai dan Pramnath mengambil kesnya.
"Apabila saya mula-mula berhujah di hadapan hakim, ... saya tidak fikir ada seorang pun di dalam bilik itu yang melihat keadaan tersebut dan menganggap dia (ibu Umaisyah) patut dikasihani," dedah Cik Rai.
"Perbincangan yang berlegar-legar di sekeliling saya ialah: Mengapa seorang ibu tergamak membiarkan perkara seperti ini berlaku pada anaknya?"
Terpulang kepada para peguam untuk mengemukakan rayuan bagi menyerlahkan faktor-faktor tertentu yang boleh membantu meringankan hukuman terhadapnya.
Akhirnya, Cik Rai memberitahu mahkamah tentang sejarah ibu Umaisyah yang dia sendiri pernah didera, dipercayai oleh bapa tirinya dan suaminya.
Cik Rai kemudian terbaca komen-komen seperti, "peguam ini sanggup berkata apa sahaja" untuk meringankan hukuman anak guam mereka. Sesetengah komen malah berubah menjadi serangan peribadi.
"Saya (ada) orang yang mempersoalkan sama ada saya mempunyai naluri sebagai seorang ibu dalam diri saya - bagaimana saya (sanggup) mewakili seseorang seperti itu?" kata Cik Rai. "Anda boleh tahu bahawa orang ramai sangat marah dengan (cara) seorang kanak-kanak telah dilayan dan dihina sedemikian rupa."
Cik Rai menegaskan bahawa tugasnya sebagai peguam bela bukanlah untuk menghakimi anak guamnya.
Apabila beliau berhujah di mahkamah untuk mempertahankan ibu Umaisyah, Cik Rai menegaskan bahawa beliau setakat menjalankan tugasnya.
"Tugas saya adalah untuk menyokong dan membelanya," katanya. "Saya setakat berdiri di pihak yang paling memerlukan khidmat saya."

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.