Peguam negara Lucien Wong dilantik semula lagi 3 tahun
Lucien Wong dilantik semula sebagai peguam negara bagi penggal tiga tahun dari 14 Jan 2026 hingga 13 Jan 2029. (Gambar: Laman Pejabat Peguam Negara)
- Encik Lucien Wong dilantik semula sebagai peguam negara bagi penggal tiga tahun dari 14 Jan 2026 hingga 13 Jan 2029, menurut Pejabat Peguam Negara (AGC) pada Jumaat (10 Okt).
- Encik Wong sudah memegang jawatan tersebut sejak 2017.
- Dalam satu lagi pelantikan pengurusan kanan, Encik Lionel Yee dilantik semula sebagai timbalan peguam negara bagi satu lagi penggal selama tiga tahun, juga dari 14 Jan 2026 hingga 13 Jan 2029.
- Di Singapura, peguam negara dilantik oleh presiden atas nasihat perdana menteri, selaras dengan Perkara 35 Perlembagaan.
Encik Wong sudah memegang jawatan tersebut sejak 2017. Beliau dilantik semula bagi dua penggal tambahan - selama tiga tahun setiap satu - masing-masing pada 2020 dan 2023.
Dalam satu lagi pelantikan pengurusan kanan, Encik Lionel Yee dilantik semula sebagai timbalan peguam negara bagi satu lagi penggal selama tiga tahun, juga dari 14 Jan 2026 hingga 13 Jan 2029.
Encik Yee pertama kali dilantik pada 2017 dan kemudian dilantik semula untuk dua penggal tambahan, masing-masing selama tiga tahun, pada 2020 dan 2023.
Di Singapura, peguam negara dilantik oleh presiden atas nasihat perdana menteri, selaras dengan Perkara 35 Perlembagaan.
Peguam negara berperanan sebagai pendakwa raya awam dan mempunyai kuasa untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan sebarang prosiding undang-undang bagi mana-mana kesalahan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.