Peguam M Ravi didakwa tampar lelaki dekat stesen MRT, jerit di tempat awam
Anggaran Waktu Membaca:
Peguam M Ravi. (Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Peguam yang digantung tugas, M Ravi, kini didakwa menampar seorang lelaki berhampiran stesen MRT dan menunjukkan tingkah laku yang mengganggu ketenteraman awam dengan menjerit dengan kuat di tempat awam.
Ravi Madasamy, 54 tahun, didakwa di makhamah pada Jumaat (14 Jul) atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan dengan sengaja dan satu tuduhan menunjukkan tingkah laku yang menggangu ketenteraman awam.
Kedua-dua tuduhan itu didakwa berlaku pada insiden yang sama, iaitu sekitar 5.30 petang pada 12 Julai tahun ini berhampiran MRT Yio Chu Kang.
Encik Ravi dituduh menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki bernama Sellvaraja T Muniyandi, dengan menamparnya sekali di pipi kirinya. Dia juga dikatakan menjerit dengan kuat.
Dia akan kembali ke mahkamah lewat bulan ini.
Jika sabit kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali.
Hukuman bagi kesalahan menunjukkan tingkah laku yang menggangu ketenteraman di tempat awam ialah penjara sehingga enam bulan, denda sehingga S$2,000 atau kedua-duanya bagi pesalah kali pertama.
Pesalah berulang akan dikenakan hukuman penjara yang dinaikkan seganda dan denda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali - Ravi sebelum ini didakwa bagi kesalahan serupa pada 2004, menurut kertas pertuduhannya.
Ini adalah kes terbaru di mana Ravi melanggar undang-undang. Pada Mac lalu, dia digantung tugas sebagai peguam selama maksimum lima tahun.
Ini adalah atas salah laku termasuk membuat "tuduhan serius dan tidak berasas berkelakuan tidak wajar" terhadap Peguam Negara, para pegawai dari Pejabat Peguam Negara dan Persatuan Undang-undang.
Ravi, yang sudah menjadi peguam selama 12 tahun, sering menjadi perhatian atas kelakuannya serta tindakannya selaku peguam kepada mereka yang dihukum mati.
Dia didakwa pada Disember 2020 atas tuduhan fitnah jenayah terhadap Menteri Undang-undang K Shanmugam, tetapi Pejabat Peguam Negara kemudian menarik balik pertuduhan itu dan Ravi sebaliknya diberikan amaran bersyarat.
Dia juga pernah dikenakan banyak sekatan atas kelakuannya sebagai peguam selama ini. Ini termasuk penggantungan kerja pada 2007 kerana bersikap biadab terhadap hakim dan larangan memohon sijil berkhidmat sebagai peguam selama dua tahun atas tuduhan tidak berasas terhadap rakan peguam dan presiden Persatuan Undang-undang pada 2016.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.