Skip to main content

Singapura

Peguam M Ravi berdepan prosiding hina mahkamah kerana celah hakim, dakwa berat sebelah

Peguam Ravi Madasamy, juga dikenali sebagai M Ravi, akan berdepan prosiding hina makamah setelah permohonan bagi perintah komital (pemenjaraan) dibuat oleh Peguam Negara Lucien Wong, menurut Pejabat Peguam Negara (AGC) pada Selasa (22 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Peguam Ravi Madasamy, juga dikenali sebagai M Ravi, akan berdepan prosiding hina makamah setelah permohonan bagi perintah komital (pemenjaraan) dibuat oleh Peguam Negara Lucien Wong, menurut Pejabat Peguam Negara (AGC) pada Selasa (22 Feb).

Permohonan itu berkaitan tingkah laku Encik Ravi semasa dua prosiding berasingan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Negara pada November 2021, menurut AGC.

Ketika itu, Encik Ravi mewakili Encik Chua Qwong Meng dan 12 lagi pemandu bas yang menuduh SBS Transit atas amalan kerja tidak adil dalam satu perbicaraan sivil di Mahkamah Tinggi.

Encik Chua kemudian menggugurkan Encik Ravi daripada tuntutan saman itu selepas hari pertama perbicaraan pada 22 November 2021. Encik Chua berkata pihak plaintif berasa malu dengan tingkah laku peguam itu semasa perbicaraan tersebut.

Kes di Mahkamah Negara pula melibatkan pendakwaan jenayah ke atas Magendran Muniandy bagi tuduhan melakukan pemalsuan termasuk dokumen imigresen. Encik Ravi juga digugurkan daripada kes itu tidak lama kemudian.

Pendirian Peguam Negara adalah Encik Ravi "bertindak dalam cara yang menghina kedua-dua mahkamah itu" dalam kes tersebut, katat AGC.

Ini termasuk "membuat tuduhan berat sebelah yang tidak berasas terhadap hakim" dan "kerap mencelah ketika hakim bercakap semasa perbicaraan dijalankan", menurut AGC.

Ia juga menyatakan Encik Ravi mengambil pendirian undang-undang dalam kes tuntutan mahkamah Encik Chua tanpa mendapatkan atau mengesahkan arahan anak guamnya serta tidak memberi gambaran sebenar kesediannya untuk menjalankan prosiding dalam kes Magendran.

Secara berasingan, AGC menyatakan ia membuat dua aduan disiplin terhadap Encik Ravi dan penyelianya Encik Cheng Kim Kuan.

Aduan itu yang kini difailkan kepada Persatuan Guaman, melibatkan salah laku Encik Ravi dalam mengendalikan kes dan dakwaan kedua-dua peguam melanggar syarat yang dikenakan terhadap sijil tugas Encik Ravi bagi 2021/2022.

Dalam catatan Facebook pada Selasa, Encik Ravi berkata beliau tidak terkejut dengan permohonan yang dibuat itu. Tambahnya beliau akan membentangkan kepada mahkamah sebab-sebab tingkah lakunya.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita