Peguam Lim Tean didapati bersalah atas 'salah laku' kendali S$30,000 milik pelanggan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: CNA/Gaya Chandramohan
SINGAPURA: Peguam dan anggota pembangkang Lim Tean mungkin dikenakan tindakan disiplin selepas tribunal disiplin mendapatinya bersalah atas dua tuduhan salah laku dalam mengendalikan S$30,000 miliki seorang bekas pelanggannya.
Tribunal tersebut, yang menyelia urusan disiplin bagi peguam, mendapati Encik Lim sengaja menyimpan cek bernilai S$30,000 daripada seorang klien yang tidak lagi menggunakan khidmatnya, dengan niat untuk membuat bayaran pada dirinya sendiri dan pemiutang klien tersebut.
Dia juga gagal memasukkan cek tersebut ke akaun firmanya.
Menurut satu laporan oleh tribunal disiplin tersebut pada Selasa (22 Ogos), kes tersebut terbongkar selepas bekas pelanggannya, Encik Suresh Kumar A Jesupal, membuat aduan.
Encik Suresh Kumar telah melantik Encik Lim, yang sudah menjadi peguam di Carson Law Chambers selama 30 tahun ketika itu, untuk bertindak bagi pihaknya dalam tuntutan bagi nahas kenderaan motor pada 23 Oktober 2018.
Sekitar setahun kemudian pada 8 Oktober 2019, satu penghakiman dikeluarkan bagi kes tersebut, yang memberi ganti rugi S$50,000 kepada Encik Suresh Kumar.
Sebanyak S$30,000 dibayar oleh Willy Tay Chambers, firma guaman bagi AXA Insurance, kepada Encik Lim dan syarikatnya, sebagai pembayaran sementara kepada Encik Suresh seperti yang diarahkan dalam penghakiman.
Encik Suresh Kumar bagaimanapun memutuskan untuk menggugurkan Encik Lim sebagai peguamnya.
Persatuan Guaman Singapura (LawSoc) sebelum ini telah mengenakan tuduhan ketiga terhadap Encik Lim kerana menyalahgunakan jumlah S$30,000 dengan gagal atau mengabaikan pembayaran dibuat kepada Encik Suresh Kumar.
LawSoc bagaimanapun menarik balik tuduhan tersebut setelah Encik Suresh Kumar enggan menjadi saksi pendakwaan yang menurut pihak pendakwaan perlu dibuat.
Encik Lim berhujah bahawa selepas emel yang memaklumkannya mengenai perubahan dalam peguam dihantar, Encik Suresh Kumar masih terus datang ke pejabat Carson Law Chambers.
Encik Lim juga mendakwa bahawa terdapat aturan sebelumnya, di mana Encik Suresh Kumar perlu membayar hasil jumlah penghakiman kepada pemiutang Encik Suresh Kumar dan Encik Lim, sebelum sebarang wang disalurkan kepada Encik Suresh Kumar.
Tribunal tersebut menyatakan ia mendapati "sukar" untuk mempercayai bahawa Encik Lim, meskipun sudah menjadi seorang peguam selama 30 tahun, tidak tahu keperluan menyediakan akauan pelanggan atau dia perlu memasukkan wang pelanggan ke dalam akaun tersebut.
Sebarang sekatan yang mungkin diberikan kepada Encik Lim akan diputuskan pada satu tarikh akan akan dietetapkan.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.